Isnin, 3 Oktober 2011

Paku dulang paku serpih

Pinjam dari En. google

Pernah dengarkan pepatah orang tua-tua ni? Memang tajam maknanya kalau kita renungi maknanya. Mengata orang dia yang lebih... Kalau orang sekarang cakap mulut laser dan mulut takde insuran. Cakap ikut sedap mulut je...

Ini adalah peringatan buat kita semua, masing-masing diberikan oleh Allah nikmat lidah yang pandai berkata-kata kecuali orang yang bisu. Pernah tengok cerita Mami Jarum? Apa yang terjadi selepas apa yang dia buat setelah mencanang keburukan orang kepada semua orang? Perkara yang sama juga balik kena ke mukanya sendiri.

Rasulullah ada berpesan pada kita, kalau tak suka pada sesuatu maka lebih baik kita diamkan sahaja. Contohnya apabila Rasulullah tidak suka pada satu makanan, maka baginda tidak akan memakannya dan tidak berkata apa-apa. Tanda orang yang beriman adalah berkata yang baik atau pun diam.

Juga peringatan buat kita semua dan penulis sendiri, janganlah kita mengata kekurangan atau keburukan orang. Lebih baik kita doakan untuk mereka kerana takut nanti apa yang kita kata itu berbalik kena pada batang hidung kita sendiri. Nanti baru tahu apa rasanya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

2 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

kancil menyokong entri ini...kekadang ada yang terlupa main sedap bercakap tapi sebagai kawan lebih baik kita nasihatkan daripada bercakap tentang keburukan orang lain...

Ummi_R❀salici❀us berkata...

nice tazkirah :D
umi pun selalu terlepas cakap,
lepas ni nak belajar duduk diam2 saja...