Rabu, 29 Februari 2012

29 Februari = 4 Tahun Sekali

Kesian pada yang sambut harijadi hari ini sebab hanya dapat 4 tahun sekali sahaja. Nak sambut lagi kena tunggu 2016 pula... Huhuhu, berlainan dengan bulan Islam yang hanya ada 29 dan 30 hari sahaja pada setiap bulan kerana perkiraannya dibuat mengikut peredaran bulan dan bukannya matahari.

Sedikit info tentang orang yang lahir pada bulan Februari :

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamirkan emosi.

Selasa, 28 Februari 2012

Punca Trafik Untuk Bulan Februari 2012

Alhamdulillah blog penulis ini telah disinggah dan dijenguk oleh semua sebanyak 2766 kali untuk bulan lepas. Punca trafik yang tinggi untuk blog penulis ini daripada :

  1. http://sifa862000.blogspot.com
  2. http://maszull.blogspot.com
  3. http://menara-kehidupan.blogspot.com
Catatan entri yang paling banyak dilihat adalaf tentang Gaji SPBA 2012, boleh rujuk di SINI. Follower penulis juga bertambah dan yang terbaru adalah :
  1. http://bizmoon.blogspot.com
Dan jawapan untuk teka-teki hari adalah Keranda. Tahniah kepada yang berjaya menjawabnya. Entri tersebut boleh dirujuk di SINI. Ok, sekian itu sahaja dan terima kasih kerana sudi membaca...

Ahad, 26 Februari 2012

Harga insuran terus naik !!


Semalam penulis baru sahaja memperbaharui road tax dan insuran motor untuk tahun ini. Dalam hati berharap agar harga insuran untuk tahun ini akan turun. Dapatlah gunakan duit yang lebih untuk keperluan yang lain. Pergi pejabat pos, ambil nombor dan tunggu giliran.

Tahun lepas, penulis juga terpaksa membayar dengan harga yang lebih juga berbanding tahun yang sebelumnya dalam sekitar RM 115 sahaja. Setelah dikecilkan jumlah insurannya, jumlah bayarannya adalah RM 145. Naik RM 30 lagi....

Berbalik pada cerita asal, setelah nombor giliran penulis dipanggil dengan penuh harapan penulis berharap kerani pos mengira jumlah insuran agar dapat bayaran lebih murah. Akhirnya kerani tersebut berkata, "Encik, tahun ni kena bayar lebih sikit sebab syarikat insuran kenakan bayaran PA termasuk dengan insuran sekali".

Kena bayar lebih lagi...? Penulis tanya PA tu apa dan kerani menjelaskan PA tu Personel Accident dan semua wajib kena ambil mula tahun ini. Terpaksalah membayar dengan harga yang lebih lagi untuk setiap tahun, setelah dikira semuanya penulis kena bayar RM 176 + +. Naik lagi RM 25...

Huhuhu... setiap tahun kena bayar lebih... Pihak Kerajaan takde ke ambil kisah tentang hal ini...? Kalau orang yang susah, macam manalah mereka nak membayar insuran motor yang selalu naik ni.....?

Jumaat, 24 Februari 2012

Tazkirah Jumaat : 12 Aurat...

1. Bulu kening
- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya     dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur :31

5. Gigi
- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber : Panduan Hidup Mukmin

Khamis, 23 Februari 2012

Spontan Khamis : Jom Teka...

Orang yang membuat, tidak menggunakannya,
Orang yang memakai, tidak memesannya,
Orang yang memesan, tidak memakainya...

Apakah dia...? Siapa yang dapat jawab, penulis bagi hadiah nanti. Jom teka...

Selasa, 21 Februari 2012

Office 2010


Selamat kembali buat semua kawan-kawan bloggers. Maaflah penulis dah lama tak update blog ni disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Sebagai hadiah buat semua, penulis sediakan link untuk download bagi sesiapa yang nak dapatkan aktivator Office 2010.

Software office 2010 ni kena download dulu, penulis cuma sediakan link download pengaktifnya sahaja untuk dikongsi. Selamat Mencuba !!! Penulis sudah pun mencubanya dan hasilnya menjadi. Penulis dapatkan software ni setelah beberapa menjelajah mencarinya.

Klik di SINI...

_______________________________________

Follower terbaru penulis :
  1.  http://sifa862000.blogspot.com
  2.  http://ciksukaberangan.blogspot.com

Selasa, 14 Februari 2012

Doa untuk ibu...


Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunillah dosa-dosa ibuku
Dan rahmatilah dia
Sejahterakanlah dia dan kasihanilah dia

Muliakanlah pemergiannya
Lapangkanlah kuburnya
Dan mandikanlah ia dengan air salju yang dingin
Bersihkanlah dosa-dosanya seperti mana hilangnya kotoran dari baju yang kotor

Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumah yang dulu
Keluarga yang lebih baik dari keluarganya yang dulu
Pasangan yang lebih baik dari pasangannya yang dulu

Jadikanlah kuburnya seperti taman yang ada di dalam Syurga
Dan janganlah jadikan kuburnya lubang dari lubang neraka

Jauhkanlah dia dari seksa kubur serta fitnahnya
Dan juga azab api neraka
Masukkanlah dia ke dalam syurga
Dengan rahmat dan kasih sayang Mu...

Amin...

Khamis, 9 Februari 2012

Genap 40 Hari...


Hari ini, genaplah 40 hari bondaku meninggalkan dunia ini. Walaupun hati ini amat rindu padanya kerana tidak dapat bertemu untuk kali terakhir, namun daku redha akan kehendak-Nya. Hanya tinggal gambar-gambar lama buat kenangan diriku.

Nasihatku pada yang masih mempunyai ibu dan bapa, jika ada masa yang terluang jenguk-jenguklah ibubapa kita walaupun seminggu sekali. Walaupun diriku selalu bertemu dengan ibuku setiap minggu, namun pada hari pertemuan terakhir, daku ditakdirkan tidak dapat bertemu dengannya.

Jangan lupa untuk mengambil gambar bersama, boleh dibuat kenangan di kala rindu. Juga videonya buat pengubat rindu apabila menontonya semula walaupun ibu telah tiada. Buat yang telah tiada, jangan lupa kita doakan dan kirimkan Al-Fatihah padanya sebagai hadiah yang ditunggu-tunggu.

Salam kerinduan buat arwah ibuku Hajjah Zubaidah binti Haji Muda, Al-Fatihah...

Rabu, 8 Februari 2012

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal! dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayat! nya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Sumber : History.com

Selasa, 7 Februari 2012

Himah kenapa dilarang minum berdiri?

Kenapa kita dilarang minum sambil berdiri? Salah satunya adalah dari hadis Nabi yang melarang kita minum sambil berdiri kecuali air zam-zam sahaja. Kenapa yer...? Boleh rujuk pada artikel ini. Klik di SINI.

Setelah dikaji dari segi sains perubatan, ketika kita minum sambil duduk satu lapisan penapis akan terbuka dan penapis tersebut akan menapis dahulu air yang kita minum sebelum sampai ke perut. Jika kita minum sambil berdiri penapis tersebut akan tertutup dan air yang terus ke perut kita. Buah pinggang kita pula mengambil tugas yang berat untuk menapis semula air yang kita minum tadi sebelum di hantar ke organ lain.

Kalau air zam-zam takpe minum sambil berdiri sebab ia adalah air yang terbaik di dunia dan berada di ranking No. 1 air terbaik di dunia. Molekulnya pun cantik, macam dalam gambar entri ni.

Isnin, 6 Februari 2012

SEGMEN PENGOMEN TEGAR BY FYQA COMEL



Memandangkan dah lama tak join mana-mana segmen, jadi penulis rasa macam nak ikut sekalilah segmen ni sebab macam best jer... Nak join sekali, klik je pada banner di atas yer.

Buat pengetahuan semua, 5 orang pengomen tegar untuk blog penulis adalah :
  1. http://maszull.blogspot.com
  2. http://kancil8349.blogspot.com
  3. http://skytechxtreme.blogspot.com
  4. http://norihanchocolatebakery.blogspot.com
  5. http://aimieamalinaazman.blogspot.com
Mereka semua adalah top 5 dalam List Pembaca Setia, tak rugi pun kalau follow diaorang, mesti diaorang akan follow balik. Tak caya cuba try... Oklah. itu sahaja untuk entri segmen kali ini. Jom join sama-sama...