Rabu, 29 Jun 2011

Sebelum tidur, lakukanlah 4 perkara...

Rasulullah berpesan kepada Fatimah, sebelum tidur lakukanlah 4 perkara.
  1. Khatamkan Al-Quran
  2. Minta maaf pada semua manusia
  3. Mohon syafaat dari semua nabi
  4. Tunaikan haji
Lalu Fatimah pun berkata: " Ya Rasulullah, bagaimana mampu untuk aku melakukan semua itu dalam satu malam sahaja?". Maka Fatimah berasa risau dan sedih. Lalu Rasulullah pun tersenyum dan berkata pada anaknya: " Bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali, pahalanya bersamaan dengan mengkhatamkan Al-Quran. Kedua bacalah Istighfar 3 kali, ianya bersamaan kita meminta maaf pada semua manusia. Ketiga bacalah Selawat juga 3 kali, ianya dapat memohon syafaat dari semua nabi dan terakhir bacalah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar sebanyak 3 kali, pahalanya bersamaan dengan kita menunaikan haji.

Akhirnya Fatimah kembali senyum dan dapat melelapkan mata dengan tenang setelah mendengar dari penjelasan dari ayahandanya yang tercinta. Mudah sahaja kan? Begitu mudah amalannya tapi ganjarannya amatlah besar. Subhanallah, marilah kita beramal bersama, insyaallah...

Sumber : Semasa penulis menuntut ilmu di Taman Pendidikan Islam Nurul Iman (TPINI)

Selasa, 28 Jun 2011

Lembu Istimewa !!

Hebatnya ciptaan Tuhan yang menciptakan segalanya... Bersyukur kita dengan segala apa yang diberikan kepada kita. Alhamdulillah...




Peta Dunia di badan lembu




Sumber : Mr. Google...

Isnin, 27 Jun 2011

Doa Nabi Adam

  Tahukah kita, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Baginda sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurangnya.

    Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

    Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Inilah doa yang dibaca oleh Nabi Adam ketika baginda bertaubat kepada Allah :

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Rabu, 22 Jun 2011

Doa Angin Ahmar

   Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Doanya seperti dibawah :

بسم الله الرحمن الرحيم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ  الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِى أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى  وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ  وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا  تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّ يَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّ الْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى  الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ،  يَا إِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ  وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .

Diambil dan disalin dari :

http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/sejarah-doa-angin-ahmar.html

Ahad, 19 Jun 2011

AYAH, JASAMU ABADI DI HATI INI...

Assalamualaikum semua. Jom join lagi segmen yg dianjurkan oleh Abg Ben Ashaari. Nak join klik di SINI dan tutup kul 10 malam ni (19 Jun 2011). Segmen tentang ayah kita semua...


Erm....mungkin tak dapat nak menulis macam mana kasih sayangnya seorang bapa dan tidak dapat mengungkapnya dengan kata-kata. Pernah tengok cerita hindustan Kuch-Kuch Ho Ta Hai tu? Kisah tentang Anjali yang tidak dapat kasih sayang daripada ibunya cuma dapat baca surat-surat dari ibunya sahaja. Bila dapat tugasan untuk bercerita tentang ibu, dia kelu dan menangis... Nasib baik ada ayahnya (Shah Rukh Khan) datang bekap. Fuhhh.... sedih, mengalir air mata masa tu.
Kisah hidup penulis cuma begini, dapat bersama ayah sehingga umur 5 tahun dan selepas itu terus berpisah hidup. Waktu kecik-kecik, tengok kawan-kawan semua ada ayah. Orang pergi mana-mana dengan ayah, kita dengan mak. Lidah ni hendak bertanya tapi berat bila melihat muka mak.
Bila dengar lagu dari Nadamurni Di Pondok Kecil dan lagu Anak Pejuang dari Shoutul Jihad memang mengalir air mata ni... Betul, tak tipu... Dua lagu ni memang ada kena dengan hidup penulis sendiri cuma ayah penulis bukanlah pejuang... Namun apa pun, sebagai anak tugas kita sentiasa berdoa untuk kedua orang tua kita. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini. Hargailah mereka sementara masa masih ada... Terima kasih abah...

Lagu Untuk Abah...

Sabtu, 18 Jun 2011

Pahala Sebanyak Bintang di Langit

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.a. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.a. mengira pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.a. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapaku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Baginda SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar r.a. bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.

Rabu, 15 Jun 2011

Nasyid Pilihan Minggu Ini

Lagu : Senandung anak pejuang
Dendangan : Shoutul Jihad

Allah Allah Allah Allah...

Pada kelembutan seraut senyuman
Pada kelunakan tutur perkataan
Ada terlukis warna kerinduan
Terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu membilang hari
Terkadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada Ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
Senyumnya pudar tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah

Nada memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar
Menegakkan yang hak

"Oh ayahku, seorang pejuang rupanya
Aku rasa bertuah, tak akan ku kesali takdir ini
Suatu hari nanti, bumi Allah ini akan bersih jua
Dari najis, mungkar dan dosa
Ayah tentu gembira
Ayah tentu bersyukur
Oh Ibu biarkan ayah pergi
Jangan bekalkan dia dengan air mata
Tetapi dengan doa penyubur jiwa
Ayah akan kujejaki setiap tapak langkahmu
Aku anak ayah, anak pejuang"


Lagu untuk anak yang merindukan ayahnya...

Isnin, 13 Jun 2011

Penangan Adik Dan Al-Quran...

Inilah kesannya...


Akibat dari selalu tengok rancangan adik dan Al-Quran di TV9, doa yang selalu dibaca oleh adik-adik di dalam rancangan tersebut dapat dihafal oleh hero penulis. Nama dia Muhammad Al-Fateh dan sekarang dah berumur 4 tahun. Bukannya nak menunjuk-nunjuk (maafla) tapi di sini penulis cuma nak berkongsi dengan semua memang benar pepatah mengatakan anak-anak itu ibarat kain putih. Kita sebagai orang tuanya yang bertanggungjawab untuk mencoraknya dengan baik. Dan otak kanak-kanak itu ibarat span, dia akan menyerap apa sahaja yang diajarkan kepadanya...

Ahad, 12 Jun 2011

Rahsia Panjang Umur dan Murah Rezeki

Diriwayatkan, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat maut berkata: "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya."
Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: "Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?"
Malaikat maut menjawab: "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."
Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud:"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim."

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya. Sebenarnya orang-orang barat sudah lama tahu akan perkara ini dan mereka sudah mengkajinya. Buktinya hari ini memang banyak seperti orang membuat Facebook, Friendster, My Space, Blogger dan macam-macam lagi.Rezeki yang mereka dapat melimpah-limpah kerana semua orang menggunakannya dan dengan menggunakan aplikasi internet tersebut mereka dapat menjalikan hubungan sesama keluarga, rakan dan semua orang. Jadi dengan hubungan silaturrahim ini memang punca murah rezeki dan bila ramai kawan hati pun senang sebab boleh berkongsi masalah dan tidak lagi susah hati.

klik untuk zoom

Kepada kawan-kawan blogger dan My Follower, terima kasih diucapkan kerana sudi menjenguk-jenguk blog penulis ini. Semoga hubungan silaturrahim kita terus berkekalan, amin...

Sabtu, 11 Jun 2011

Final Piala FA Terengganu vs Kelantan

Salam hormat pada semua blogger. Terima kasih di atas kunjungannya semua dan insyaallah penulis akan follow up balik. Maafla tengah berdebar-debar menunggu keputusan penuh. Tadi hati hampir kechiwa namun akhirnya terubat pada minit ke 98... fuhhh lega... seri akhirnya jugak! Terima kasihla pada Daudsu sebab tertanduk masuk ke dalam gawang sendiri... Jangan salahkan dia kerana kalau kita pun berada dalam situasi tersebut, juga akan berbuat demikian untuk menyelamatkan pintu gawang namun itulah bola... Bentuknya bulat dan tidak dapat mengagak dengan tepat kemana arah tujunya. Keputusan penuh Terengganu menang 2 - 1 melawan Kelantan The Red Warriors...

JOM KENAL BLOG SAYA...

Jom join segmen baru Abg Ben Ashaari lagi. Nak join klik di SINI. Tutup kul 10 malam ni yer...


Satu lagi jangan lupa vote lagi untuk Abg Ben kita yer, klik di SINI. tq... dan kepada sahabat2 yg dh jenguk blog ni, terima kasih diucapkan. Sila tinggalkan komen anda untuk saya follow up balik. Alfu syukran... Nk copy N3 sy ni untuk buat segmen mcm ni pon dialu-alukan... Sila2

Lagu untuk Sempena Hari Bapa...

Terima kasih abah....



dari anakmu...

Khamis, 9 Jun 2011

Rupanya Dungun dengan Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat jer...

Setelah tengok satu rancangan dkt NT7 dulu, barula hari ni penulis google dkt intenet cari map dkt sana. Setelah tengok-tengok dkt sana jumpala dengan apa yang dicari...

Inilah dia...

klik untuk besarkan

klik untuk besarkan

Kenapa yer?... sebenarnya penulis berasal dari kampung ni, lahir pun dekat sana cuma sekarang menetap di dungun. Ayah penulis masih lagi berada di sana. Last sekali balik ke sana pada tahun 2002. Memang best pergi sana sebab kena naik bot lama. Boleh makan-makan atas bot, jadi kalau nak pergi sana kena bawak bekal sebab berjam jugakla kena duduk dalam bot.

Kalau nk tau lebih lagi, klik di SINI ...

Rabu, 8 Jun 2011

Tarannum Al-Qur'an

Pada post yang terdahulu, penulis ada berkata untuk berkongsi Software Tarannum Al-Quran kepada semua. Jadi di sini, penulis telah menyediakannya untuk kemudahan kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya.

Lagu-lagu tarannum Al-Quran mempunyai 7 jenis bacaan. Lagu yang pertama adalah  Bayati yang mengandungi 6 jenis harakat bacaan. Kedua adalah Soba  yang mengandungi 4 jenis harakat bacaan. Ketiga adalah Hijjaz dan lagu ini mengandungi 5 jenis harakat bacaan. Keempat, kelima dan keenam adalah Nahwand, Rast dan Sikah yang masing-masing mempunyai 5 jenis harakat bacaan. Yang ketujuh adalah Jiharkah dan ianya mengandungi 4 jenis harakat bacaan. Setelah ketujuh jenis lagu tarannum tersebut dilagukan, bacaan hendaklah diakhiri dengan lagu Bayati penutup.

Untuk download, sila klik dan search pada link yg disediakan yer, alfu syukran... Di SINI

Selasa, 7 Jun 2011

Bulan-Bulan Islam

1) Rejab : Bulan Allah - Banyakkanlah memuji Allah sebab Allah suka orang yang memuji NYA seperti "Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar".

2) Syaaban : Bulan Rasulullah - Kita selalulah membaca selawat kepada Baginda kerana Nabi Muhammad s.a.w rindu pada orang yang selalu berselawat padanya. "Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad".

3) Ramadhan : Bulan Umat Islam - Dalam bulan ni, kita buat apa sahaja kebaikan dapat pahala dan yang bestnya digandakan dari 1 jadi 10 kebaikan. Nabi Musa a.s sangat cemburu dengan umat Nabi Muhammad s.a.w kerana banyaknya pahala yang diperolehi sehinggakan Baginda sendiri ingin menjadi umat Nabi Muhammaad s.a.w.

Sekarang dah masuk bulan Rejab, sekejap jer masa berlalu kan? Ada kisah tentang fadhilat orang membaca Alhamdulillah. Allah s.w.t lebih suka orang yang bersin daripada orang yang menguap kerana waktu kita bersin, bacaan yang dibaca adalah pujian kepada Allah, "Alhamdulillah". Manakala waktu kita menguap, kita meminta pertolongan dari Allah, " 'Auzubillahi minas syaitan nir rojim...".

Isnin, 6 Jun 2011

Lagu Untuk Anak-Anak...

Suka tengok video klip ni sampai anak-anak pun boleh hafal lagunya. Terima kasih buat kumpulan Mawaddah yang uplod video ni dalam You Tube...




Akibat selalu dipasang sampai penulis pun boleh hafal sekali... :-). " Cock ayam jantan kok kok, hen ayam betina tok tok..."

Saya nak boleh ?

Jom join lagi segmen yg dianjurkan oleh Abg Ben kita. Beliau nk cari 5 jer blog baru yg best... Kalau blog penulis ni mungkin tak tersenarai kot sebab kita tau, ukur baju badan sendiri... Sajer nk coba-cobala dan memeriahkan lagi dunia blog ni. Ok jangan lupa vote untuk Abg Ben kita lagi yer. Klik di SINI.



Ok, itu sajer. Pada sesiapa yg nak join jugak cepat sikit sebab habis kontes ni pukul 4.30 petang ni jer. Gud lak pada yg berjaya. Alfu Syukran buat Abg Ben kita...

Sabtu, 4 Jun 2011

Audit Solat...

Mari kita semak solat fardu kita. Yang mana satu (atau lebih) agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak.

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima waktu, tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari dah terbit).
3. Solat lima waktu tetapi subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu).
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu, tetapi solat sunat tarawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid/surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10. Sentiasa berusaha solat di masjid/surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu.
12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sakit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik kampung), solat ditinggalkan, qadha kemudian bila sampai rumah.
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.
15. Solat bila ada masalah.
16. Solat bila orang disekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17. Solat sebulan sekali.
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19. Solat seumur hidup sekali, itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!!

Solat fardu lima waktu sehari-semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali ditanya Allah adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak maka gagallah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa,sedekah, haji, zakat dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid/surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita.

Wassalam.

Rabu, 1 Jun 2011

Lagu Pilihan Ambe Minggu Ini

Lagu : Kerabu Pucuk Paku
Dendangan : Mat Over

Kerabu pucuk paku sayur kacang
panggang ikang puyu tumbuk samba belacang
celor pucuk labu buak ulang
tanok nasik berah usang
oho…ikang kering anok tambang

Nok makang sedak kite pitih tak dok
bini beranok rapak anok rama telajok
kadang pisang sikat kite dok dang koyok
ade lagi hok dok teghiok
oho…hok ni kecing hok tu berok

Tamboh pulok khije buleh sikik-sikik
banyok hok dok saje perabih duik
lepah-lepah ise dok dang makang nasik
bosang anok duk jerik
oho...pagi-pagi mitok duit

Kadang-kadang mari pikir dalang hati
macam mana care nak tamboh rezeki
mujola pagi ni ada saing maghi
ajok niaga kecik-kecik
oho...rasa senang dalang hati

Ambe meniage buak khusi rotang
ada wane cokelak wane itang
nok ato dekak jabat kerah tangang
jalan conlay bukit bintang
boleh tamboh pendapatang

Begitulah care kalu mahu idup
buak apa saje yang kita sanggup
jangan duduk saje buak bucit perut
lama-lama boleh meletup
oho…anok bini buleh cabuk

Orang tua dulu ada bese pesang
kalu-kalu kita nak wi anok jarang
rebuh akor kayu buwi bini makang
sepuloh tahun buleh sorang
oho...baru ceroh mase depang...