Jom join lagi segmen yg anjurkan oleh ABG BEN...
Penulis memang tak merokok sejak dari sekolah lagi sampaila kerja sekarang. Pernah mengikuti kursus yang dianjurkan untuk orang-orangyang merokok, kira Perokok Tegarlah. Tak tau la macam mana nama penulis boleh terpilih dalam kursus tu. Mungkin tersalah tulis agaknya.
Masa sesi soal jawab antara penceramah dengan peserta, macam-macam pertanyaan dan pendapat diberikan. Antaranya kenapa orang merokok? ada peserta yang jawab sebab nk hilangkan stress, nak dapatkan idea barula sampai yang ada yg cakap sepatutnya kerajaan berterima kasih kepada perokok ni sebab menaikkan ekonomi negara !!
Tersenyum penulis mendengarnya, katanya lagi rokoklah antara sumber ekonomi negara yang tertinggi sebab cukainya MAHAL !!! itulah pendapat mereka yang hisap rokok ni. Penceramah tu jawab balik, dah tau harga rokok mahal sebab cukai tinggi, kenapa beli jugak?... Baik awak simpan duit tu dalam bank, ada faedahnya juga. Kalau harga sekotak RM10 untuk sehari, kali dengan seminggu dah RM70. Cuba kalau kali dengan sebulan? dah berapa, tanya penceramah kepada mereka2 ni. Dah tau dalam rokok tu macam-macam ada... kenapa nk hisap jugak?
He3 ketawa jugak dengar perbahasan antara perokok dengan penceramah tu... Macam-macam dalih mereka nak tegakkan pendapat kenapa saya hisap rokok. Penceramah tu jawab antaranya baikla awak sedekah duit awak semua tu dekat anak yatim ke, orang susah ke, dapat pahala jugak daripada hisap rokok. Sebab sekarang hukum hisap rokok ni HARAM sbb membahayakan diri sendiri dan orang lain... Fikir-fikirkanlah...
Jom undi ABG BEN lagi, klik di SINI, TQ... ;-)
Selasa, 31 Mei 2011
Isnin, 30 Mei 2011
DOA KU BUAT MEREKA...
Ya Allah...
Ampunkanlah segala dosa-dosa ibu bapa ku kerana mereka telah membesarkan ku selama ini...
Ya Allah...
Kau berilah mereka kenyang ketika menyuapkan aku makanan sedangkan mereka amat lapar ketika itu...
Ya Allah..
Kau berilah mereka kesenangan ketika memberikan aku duit untuk belanja sedangkan mereka amat memerlukannya ketika itu..
Ya Allah...
Kau berilah mereka kerehatan ketika aku sakit dan tidak tidur malam sedangkan mereka amat penat dan mengantuk ketika itu...
Ya Allah...
Kau mudahkanlah segala urusan mereka ketika aku sedang susah dan mereka menolongnya sedangkan mereka amat susah ketika itu...
Ya Allah...
Janganlah Dikau menghukum mereka kerana memukul aku yang membuat kesalahan sedangkan mereka amat memerlukan keampunan Mu...
Amin...
p/s:
Jangan lupa untuk terus berdoa buat ibu bapa kita yer. Pernah tak kita imbas kembali waktu kecik-kecik dulu, kalau kita nak apa-apa mesti buat perangaila, menangis depan orang ramai, merajukla dan macam-macam lagi yang kita pernah buat. apa perasaan mereka waktu tu? Waktu kita lapar, minta makanan dengan mak. " Mak... nak makan, laparla." Mak pun masakla apa yang ada dekat dapur tu. Pernah tak kita fikir waktu tu mak kita sibuk ke? Waktu dia suapkan makanan pada kita, adakah mak kita juga lapar? Waktu kita sakit, jaga kita malam-malam, pada waktu tu mak kita sihat jugak ke tak? Kita mintak duit dengan mak kita sebab nak belanja, sedangkan waktu tu mak memang ada duit cukup-cukup je untuk belanja dapur... Kepada kawan-kawan, jangan lupa vote lagi untuk ABG BEN kita yer... Klik di SINI. Alfu Syukran...
Alfu Syukran buat Abg Ben...
Penulis amat berterima kasih buat Abg Ben yg sudi menyenaraikan blog penulis dalam entri beliau setelah join segmen yang dianjurkan oleh beliau semalam. Klik di sini utk tinjau-tinjau. Akhirnya follower penulis semakin bertambah, alhamdulillah. Kepada kawan-kawan blogger Abg Ben, jangan lupa terus vote beliau yer... klik di sini.![]() |
| Klik untuk besarkan |
![]() |
| Klik untuk besarkan |
![]() |
| Klik untuk besarkan |
Ahad, 29 Mei 2011
Rabu, 25 Mei 2011
Surat Rose Kepada 3 Bujang Lapok
Semua mesti pernah tengok cerita P Ramlee dan mesti pernah tengok berkali-kali cerita Pendekar bujang Lapok kan? Pernah baca surat yang diberi oleh Rose kepada 3 bujang lapok? Kita memang tak sempat nk baca sebab tayangan gambarnya sekejap jer. Walaupun kita dengar dari ajis bunyi syair, ramlee tak bunyi lansung sebab kacamata dia ketinggalan dan sudin bunyinya arab.Di sini penulis nk berkongsi lagi dengan semua walaupun ada yang dah tau...
Kepada saudaraku bujang lapok
Saya telah mendengar suara saudara yang mendayu-dayu minta maaf. Saya ingin mengatakan, saya sedia memaafkan.
Dari itu saya ingin jumpa dengan salah seorang pada malam ini jam satu malam.
Wasalam,
Rose...

Ahad, 22 Mei 2011
Dah lama pakai Hotlink...

Kali ni penulis nak berkongsi sikit tentang hotlink. Kalau tak silap penulis dh pakai nombor 017 ni dari tahun 2000. Masa tu nama dia time cell lagi, bila tahun 2004 kot Maxis ambil alih nombor 017 ni jadi Maxis. Masa tu nak beli sim kad ni mahal lagi, tu pun tengah promosi harganya RM 123.00, bukan macam sekarang RM8.80 dah dapat.
Yang jadi musykilnya tentang hotlink ni cuma promosi untuk pelanggan baru jer.. Yang dah lama pakai ni takder pon kelebihan. Kalau yang baru beli sim kad hotlink ni dapat sms percumala, kredit percumala, macam-macam lagi la kelebihan untuk diaorang yg baru ni.
Untuk orang lama... takder pun, jeles jer tengok yang baru pakai hotlink ni. Tapi akhirnya setelah beberapa lama pakai hotlink ni, barula dapat ganjarannya. Nak tau apa? hehehe... Penulis dapat 50 minit percuma untuk panggilan dan 100 sms percuma sebanyak 5 kali. Best kan? Kalau ikut kiraan hot tiket tu kira RM 8.00 la, kali dengan 5 kali maknanya RM 40.00 la. Wah... best3
Nak tau caranya? senang jer. Taip *100# dan tekan send. Lepas tu baca arahannya yang diberi dan tekan no. 8 pastu send. Baca lagi arahannya, tekan no. 2 dan send. Baca baik-baik arahan yang diberi, kalau tak silap dia cakap macam ni nak tukar pelan basic atau extra kepada pelan Hotlink. Tekan no. 1 untuk setuju dan send. Dah siap, senang kan? Nanti setiap 21 haribulan maxis akan top up 50 minit percuma dengan 100 sms percuma untuk kita sampaila 5 kali...
Penulis dah dapat kali yang kelima dah, lepas ni dh takder lagi. Kena top up sendiri... hu3. Ok itu jer yg penulis nk kongsikan dengan semua. Harap-harap Maxis tak marah dengan apa yang ditulis ni... Mintak ampun yer maxis...
Buzzer Alarm Viva takder bunyi?...

Cerita ni untuk orang yang ada kereta viva jela, yang lain penulis tak dapt nk tolongla... Penulis pakai kereta viva, dah pakai dekat setahun. Cuma masalahnya bila hujan je, mesti buzzer alarm dia tak bunyi. Penulis pun bukakla bonet depan dan cuba cari, manala buzzer dia...

Sebelum tu penulis cuba mengenal pasti dekat mana letaknya bunyi buzzer tu lepas dua tiga hari buat pemerhatian. Bila dah dapat, rupanya dekat sebelah kiri bonet depan. Bila bukak jer terus terpandang dekat benda yg dalam gambar atas tu. Ingatkan inilah buzzernya... rupanya tak.

Sebenarnya inilah buzzer alarmnya... hehehe kecik jer rupanya benda alah ni. Patutla dia tak bunyi sebab masuk air. Nasib baik penulis tak hantar ke bengkel, kalau tak mesti keluar duit nak upah baiki. Alhamdulillah, jadi penulis nak berkongsi dengan semuala, kalau tak bunyi lagi senang jer. Buka bonet depan sebelah kiri, pastu cari dekat wayar signal kiri tu, mesti nampak buzzer alarm ni tergantung dekat situ. Ambik pastu renjiskan kalau ada air dan lap kering-kering. Senang kan?
Ahad, 15 Mei 2011
Rabu, 11 Mei 2011
Tilawah Al-Qur'an...?

Di sini penulis ingin berkongsi sedikit, ni pun kalau adala yang sudi baca.... Waktu belajar di Nurul Iman dulu penulis memang ada belajar tilawah Al-Qur'an ni atau pun disebut dengan Tarannum iaitu seni membaca Al-Qur'an dengan berlagu. Tapi dek kerana malu disebabkan suara ni memang tak sedap, jadi belajarnya pun tak lama... Kalau tak silap masa tu belajar surah Ar-Rahman dengan surah Al-An'aam, pastu ada lagi beberapa surah yang tak habis belajar.
Memang betullah kata orang tua-tua, masa muda nila kalau nak belajar sesuatu, belajarlah dengan betul-betul dan biarlah sampai habis (Khatam). Pastu masa muda nila kena belajar banyak-banyak tentang semua ilmu (ilmu yang baik sahaja tau). Sebenarnya tak rugi pun malahan banyak manfaatnya nanti, cuma kita jer tak tau bila nak guna. Sampai suatu masa nanti pasti akan diguna semula. Yang penting kita belajar dulu dan belajar semua. Kaut jer mana yang ada dan mana yang dapat selagi boleh.
Penulis berkata begini sebab terasa sangatlah rugi kenapa dulu tak belajar betul-betul. Kenapa nak malu? Kenapalah belajar tak sampai habis.... Ish3 rugi sangat-sangat rasanya. Kalau nak tau sebenarnya nanti penulis kena bertanding tilawah Al-Qur'an ni. Lagu yang reti cuma Bayati jer...hu3. Tarikh pertandingan pulak memang dah dekat. Nak tau? he3... 12 hrbln Mei ni, esok jer selepas post ni diterbitkan.
Tapi di sini penulis ingin berkongsi ilmu kepada sesiapa yang berminatla, tu pun kalau ada yang nak... 2 hari sebelum bertanding ni penulis akhirnya dapat apa yang dicari-cari iaitu Lagu-lagu Tarannum Al-Qur'an untuk sesiapa yang ingin belajar. Dari mula Lagu Bayati, Soba, Hijjaz, Nahwand, Rast, Sikah sampaila habis, kalau tak silap sampai lagu Jiharkah siap ada turutan harakatnya lagi. Boleh diluang-ulang dengar untuk sesiapa yang nak belajar. Surah yang digunakan adalah Surah Al-Mulk, cukup lengkap semua lagu Tarannum. Memang bermanfaat bagi penulis rasanya. Terima kasih kepada Kakak Jamilah yang sudi berkongsi ilmu ini, semoga Allah membalas jasamu, amin...
Kepada yang ingin mendapatkan software ini, dalam bentuk Flash Player kot tapi yang penting komputer korang mestila ada sound yer... he3. Jangan lupa berikan emel bagi sesiapa yang berminat kepada penulis dekat ulasan ataupun Komen C-Box yang disediakan. Insyaallah penulis akan mengirimkannya melalui emel. Sama-samala kita berkongsi ilmu.
Ahad, 8 Mei 2011
Petua Kalau Mata Terkena Cili
Petua ni penulis dapat dari seorang teman seperjuangan semasa belajar di Nurul Iman. Masa tu memang penulis mengalaminya sendiri sewaktu menumbuk sambal belacan.

Masa tu penulis rasa boleh percaya ke dengan petua yang dibagi tau tu, dalam hati ni berkata "ish... boleh percaya ke?" Sebab masa tu mata tengah pedih kena cili. Jadi penulis pun cubala... Walaupun dalam hati ni rasa pelik dan macam tak masuk akal jer...
Tak lama selepas itu, dalam beberapa minit mata yang pedih ni mulai rasa hilang kepedihannya dan tidak lagi perit. Lega sungguh rasanya. He3 maknanya petua yang diberi tu menjadi... Nak tau apa petuanya??? Suka3 nih... Jadi selepas ni jangan risau kalau nak tumbuk belacan lagi.

Ini petuanya...
Kalau mata kita terkena cili, ambillah sedikit minyak masak (tak kirala minyak masak apa pun)
dan sapu dekat ibu jari kaki. Caranya macam ni kalau mata kanan yang kena, sapu dekat ibu jari kaki sebelah kiri dan kalau mata kiri yang kena, sapu dekat ibu jari kaki sebelah kanan pula.
Terima kasih kepada temanku Ismail Marodzi dengan petua yang diberikan... Pelikkan? tapi itulah petua yang penulis yang dapat. Selamat Mencuba...!

Masa tu penulis rasa boleh percaya ke dengan petua yang dibagi tau tu, dalam hati ni berkata "ish... boleh percaya ke?" Sebab masa tu mata tengah pedih kena cili. Jadi penulis pun cubala... Walaupun dalam hati ni rasa pelik dan macam tak masuk akal jer...
Tak lama selepas itu, dalam beberapa minit mata yang pedih ni mulai rasa hilang kepedihannya dan tidak lagi perit. Lega sungguh rasanya. He3 maknanya petua yang diberi tu menjadi... Nak tau apa petuanya??? Suka3 nih... Jadi selepas ni jangan risau kalau nak tumbuk belacan lagi.

Ini petuanya...
Kalau mata kita terkena cili, ambillah sedikit minyak masak (tak kirala minyak masak apa pun)

dan sapu dekat ibu jari kaki. Caranya macam ni kalau mata kanan yang kena, sapu dekat ibu jari kaki sebelah kiri dan kalau mata kiri yang kena, sapu dekat ibu jari kaki sebelah kanan pula.
Terima kasih kepada temanku Ismail Marodzi dengan petua yang diberikan... Pelikkan? tapi itulah petua yang penulis yang dapat. Selamat Mencuba...!Sabtu, 7 Mei 2011
Kehidupan Seharian Saya Di Pondok Pesantren Nurul Iman
Sedang kemas barang-barang lama, terjumpa pulak buku catatan lama sewaktu belajar dekat Nurul Iman dulu masa tahun 1995, macam-macam ada termasuklah time table ni... penulis sengaja nak berkongsi dengan semua.
5.00 pg : Bangun tidur, kemas tempat tidur, baca doa dan bersenam
5.15 pg: Ke bilik air, berhadas, gosok gigi, ambil air sembahyang
5.30 pg: Masuk surau, sembahyang tahajud, selawat
6.00 pg: Sembahyang subuh, baca surah Al-Balad 1 x
6.30 pg: Kuliah subuh, baca surah Kahfi
6.50 pg: Keluar surau, salin pakaian, mandi
7.15 pg: Memakai pakaian sekolah, bersiap-siap apa yang patut dan menghantar buku ke kelas
7.30 pg: Sarapan pagi
7.45 pg: Beratur
8.00 pg: Masuk kelas (dua masa)
10.00 pg: Rehat, solat dhuha, membeli sedikit makanan
10.45 pg: Masuk kelas semula
12.00 tgh: Balik ke bilik kerana kelas habis, menukar pakaian dan berehat
12.45 tgh: Berhadas dan ambil air sembahyang
1.00 tgh: Masuk surau, buat apa yang patut
1.30 tgh: Sembahyang zuhur
2.00 ptg: Bersalaman dan keluar surau
2.05 ptg: Salin pakaian, berehat dan makan tengahari
2.20 ptg: Habis makan, rehat sekejap
2.30 ptg: Mandi, berhadas dan ambil air sembahyang
2.45 ptg: Memakai pakaian sekolah dan buat apa yang patut
3.00 ptg: Masuk kelas (kalau puasa masuk pukul 4.00)
4.30 ptg: Kelas habis (kalau puasa habis pukul 5.00)
4.35 ptg: Ambil air sembahyang, masuk surau
4.4o ptg: Sembahyang asar
5.00 ptg: Bersalaman, keluar surau dan ambil buku dekat kelas
5.05 ptg: Salin pakaian, kerja sikit dan bermain
6.30 ptg: Mandi, basuh baju, angkat baju yang kering
6.50 ptg: Bersiap-siap apa yang patut dan msuk surau
7.00 mlm: Duduk di surau dan buat apa yang patut
7.30 mlm: Sembahyang magrib, baca quran (kalau puasa berbuka)
8.30 mlm: Sembahyang isyak, pengumuman dari Biro Pendidikan
8.50 mlm: Bersalaman dan keluar surau
9.00 mlm: Rehat, salin pakaian, makan malam
10.00 mlm: Masuk kelas, belajar malam
10.45 mlm: Keluar kelas, masuk bilik, bersiap-siap untuk tidur, berhadas, cek pelajaran apa yang akan dipelajari esok
11.00 mlm: Baca doa, tidur...

Langgan:
Catatan (Atom)