Jawapan kenapa Superman pakai baju ada huruf "S" adalah baju dan seluar yang dia pakai menunjukkan bersaiz S dan kalau pakai saiz M atau L takut tak muat sebab longgar...
Orang yang berjaya menjawab dengan betul adalah :
Tahniah... terima kasih sudi membaca.
Sabtu, 28 April 2012
Santai sabtu...
Jom teka...
Kenapa Superman pakai baju ada huruf S dan pakai seluar dalam dekat luar?
Jawapannya petang ini...
Kenapa Superman pakai baju ada huruf S dan pakai seluar dalam dekat luar?
Jawapannya petang ini...
Jumaat, 27 April 2012
SEGMEN SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI
Blog ni best ke tidak...? Komen dengan ikhlas yer.... Terima kasih ! Sebelum komen, sila klik di SINI tanda sokongan anda pada BA.
BEN ASHAARI DAN BLOG AKU
Rasa-rasa takde perkataan yang sama dengan blog Abg Ben dengan blog penulis ni, santai pun takde, simple lagilah takde. Kecuali satu sahaja iaitu COM sahaja. Bahagian belakang URL je sama benashaari.COM dengan sun3tpini.blogspot.COM.
Cuma ada satu persamaan iaitu kita adalah BLOGGER!!
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS (2)
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/ peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/ sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/ kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/ peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/ sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/ kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
Rabu, 25 April 2012
Isnin, 23 April 2012
Repair Pen Drive Yang Tak Boleh Format
Alhamdulillah, dapat satu software untuk repair pendrive yang tak boleh format. Penulis telah membaca di blog Mancis Dah Basah dan ingin mengetahuinya dengan lebih jelas, boleh klik di SINI. Manalah tahu pendrive anda boleh digunakan semula. Nak beli yang baru, al maklumlah...
Software ni tak besar mana pun, dalam 496 kb sahaja. Kalau nak download, boleh klik di SINI untuk mendapatkannya. Terima kasih sudi membaca dan selamat mencuba...!
Ahad, 22 April 2012
Loghat Kuala Berang
Kisah orang Kuala Berang, cerita ini cuma rekaan sahaja dan bukan untuk mempersendakan sesiapa.
Sebuah helikopter mendarat di kuala berang, penduduk di sana sangat gembira kerana dapat melihat helikopter tersebut dari dekat. Sebelum ini mereka hanya melihat dari jauh sahaja. Kebetulan pilotnya adalah orang putih dan hanya memahami bahasa inggeris.
Ada yang bertuah dapat menaiki helikopter tersebut, setelah terbang seketika orang kampung tersebut berasa pening dan ingin turun. Dia berkata pada pilot helikopter, " aku nok turoonn...!". Apabila pilot tersebut mendengar apa yang dikatakan oleh orang kampung tersebut, dia menjawab, " You want two round...?".
"No no no, aku nak turoonn..." Kata orang kampung. "Ok, you want two round?". Akhirnya pilot tersebut membawa helikopter tersebut sampai 2 kali round disebabkan mendengar kata orang kampung tersebut. Sampailah muntah-muntah orang kampung tu.
Sebenarnya lohgat orang kuala berang ni unik sikit... Terima kasih sudi membaca.
Sabtu, 21 April 2012
Old Blogger Interface
Mesti ramai yang terkejut hari ni sebab bila buka blog je, interfacenya dah lain. Rupanya Google dah update interface yang baru. Jangan risau, kalau nak semula interface yang lama tu, pergi dekat sebelah kanan, mesti nampak roda bergigi dekat atas tu. Klik pada roda tu, dan klik pada old blogger interface.
Mesti dapat semula interface yang lama, senang sikit sebab kita dah biasa.Selamat mencuba, bagi yang dah biasa dengan new look blogger ni, teruskan update yang terbaru... Terima kasih sudi membaca.
Jumaat, 20 April 2012
Mutiara Kata...
Dorothy Law Horte dalam sebuah puisinya Children Learn What They Live mengungkapkan :
- Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki
- Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia akan belajar berkelahi
- Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, ia belajar rendah diri
- Jika anak dibesarkan dengan kehinaan, ia belajar menyesali diri
- Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
- Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai
- Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar keadilan
- Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan
- Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi dirinya
- Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.
Sayangilah anak-anak kita...
Rabu, 18 April 2012
Jom layan lagu Punjabi pulak...
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu dah dah dah... (macam bunyi telur dadar jer) hehehe
Segmen Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir
Jom join segmen Chegu Zubir, dah lama rasanya tak join segmen beliau ni. Header baru blognya pun boleh tahan juga cantiknya. Nak join sama boleh klik pada banner di atas yer. Selamat bersegmen...!
Segmen ni tamat pada hari Jumaat, 20 April 2012. Ada penghargaan pada yang join sama...
Follower terbaru :
Selasa, 17 April 2012
Sedikit tazkirah pagi...
4 tanda-tanda orang yang celaka :
1) Selalu menyebut-nyebut tentang kebaikan yang telah dilakukannya.
2) Melupakan dosa-dosa atau kesalahan yang dilakukannya.
3) Selalu memandang atau membandingkan orang di atasnya di dalam masalah keduniaan.
4) Selalu memandang atau membandingkan orang yang di bawahnya di dalam masalah agama atau akhirat.
3 perkara yang akan mengangkat darjat :
1) Selalu memberi salam
2) Suka memberi makanan kepada yang memerlukan
3) Sembahyang malam
Peringatan khusus buat penulis...
Isnin, 16 April 2012
Tarannum Al Quran
Lagu-lagu tarannum Al-Quran mempunyai 7 jenis bacaan. Lagu yang pertama adalah Bayati yang mengandungi 6 jenis harakat bacaan. Kedua adalah Soba yang mengandungi 4 jenis harakat bacaan. Ketiga adalah Hijjaz dan lagu ini mengandungi 5 jenis harakat bacaan. Keempat, kelima dan keenam adalah Nahwand, Rast dan Sikah yang masing-masing mempunyai 5 jenis harakat bacaan. Yang ketujuh adalah Jiharkah dan ianya mengandungi 4 jenis harakat bacaan. Setelah ketujuh jenis lagu tarannum tersebut dilagukan, bacaan hendaklah diakhiri dengan lagu Bayati penutup.
Untuk cuba belajar dan mendengar, boleh klik di sini untuk DOWNLOAD
Sabtu, 14 April 2012
Dongeng ular sawa...
Hari sabtu macam ni jom santai-santai baca cerita dongeng tentang ular sawa. Boleh baca tapi jangan percaya kerana ini cuma cerita. Jom baca kenapa ular sawa tiada bisa, ceritanya begini...
Pada zaman dahulu, ular sawa adalah raja segala ular kerana dia yang paling besar dan paling berbisa. Ular sawa ini ada menjaga satu kawasan ikan. Ikan-ikan di sini besar dan menjadi makanan ular sawa tersebut. Satu hari ada seorang pemancing terjumpa kawasan tersebut.
Pemancing tersebut banyak mendapat ikan dan membawa balik ke kampungnya. Seperti biasa ular sawa tadi akan datang untuk memakan ikan yang dijaganya. Sampai di sana, dia ternampak bekas tapak kaki manusia yang telah mengambil ikan-ikannya.
Dia menjadi marah lalu menyembur bisanya kepada bekas tapak kaki tersebut. Akhirnya pemancing yang mengambil ikan tersebut mati dan ahli keluarganya membuat kenduri arwah. Seekor gagak terbang melalui kampung tersebut dan menyaksikan kejadian tersebut.
Akhirnya gagak hinggap di kawasan tempat ular sawa. Sambil berehat dia di tegur oleh ular sawa tersebut, katanya "Ada tak orang mati dekat kampung sana?". Gagak menjawab "Eh, mana ada orang mati tapi orang buat kenduri ada lah". Ular sawa berkata, "Adakah bisa ku sudah tidak kuat lagi? Kalau macam ni baik aku buang je lah." Lalu ular sawa menyembur-nyemburkan bisanya sehingga habis. Gagak yang melihat kejadian tersebut ketawa dengan gelagat ular sawa dan semenjak itulah ular sawa tiada lagi bisanya sehingga sekarang. Tamat...
Terima kasih sudi membaca...
Moral : Jangan cepat percaya cakap orang yang baru kita kenal, takut kita yang rugi...
Jumaat, 13 April 2012
Tazkirah Jumaat : 4 Perkara
Berkata Syeikh Abu Lais As-Samarkhandi, untuk selamat daripada siksa kubur hendaklah memelihara 4 perkara dan menjauhi 4 perkara.
Memelihara 4 perkara :
Memelihara 4 perkara :
- Memelihara solat
- Bersedekah
- Membaca Al-Quran
- Berzikir
Menjauhi 4 perkara :
- Berdusta
- Khianat
- Mengadu domba (batu api)
- Kencing berdiri (syaitan tadah kencing orang yang berdiri untuk buat ubat luka-luka mereka apabila mendengar azan)
Peringatan buat penulis sendiri...
Khamis, 12 April 2012
Hari Khamis
Pada hari ini :
- Nabi Ibrahim a.s memasuki Mesir
- Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s mengunjungi baginda
- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf a.s di Mesir
- Nabi Yaakob a.s bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf a.s di Mesir
- Nabi Musa a.s memasuki Mesir
- Nabi Muhammad s.a.w memasuki Makkah
Juga berasal dari bahasa arab iaitu Khomsah bermaksud yang kelima dan dimelayukan menjadi Khamis.
Sumber : Diari Muslimin 2002
Rabu, 11 April 2012
Nak hantar SMS percuma...?
Kadang kita kehabisan kredit atau top up bila waktu betul-betul kita memerlukan untuk membalas mesej dari seseorang. Salah satu caranya ialah kita mengisi semula top up kredit sama ada RM 5, RM 10 dan seterusnya. Namun ini memerlukan duit untuk mendapatkannya.
Mestilah kita nak yang percuma dan penulis ada menggoogle dan akhirnya terjumpa satu cara untuk kita hantar sms dengan FREE kepada kawan dalam keadaan kredit kita dah habis. Penulis telah mencubanya sendiri dan hasilnya berjaya!!
Boleh klik di SINI untuk mencubanya, caranya :
Mestilah kita nak yang percuma dan penulis ada menggoogle dan akhirnya terjumpa satu cara untuk kita hantar sms dengan FREE kepada kawan dalam keadaan kredit kita dah habis. Penulis telah mencubanya sendiri dan hasilnya berjaya!!
Boleh klik di SINI untuk mencubanya, caranya :
- Skrol ke bawah dan klik send2mobile
- Pilih negara Malaysia
- Isikan nombor telefon kawan kita
- Nama kita
- Tulis mesej
- Taip word verification
- Skrol ke bawah dan tekan SEND
Dah siap... Penulis sudah mencubanya sendiri dan ianya adalah PERCUMA! Selamat mencuba..
Hari Rabu
Pada hari ini :
- Qarun hancur binasa dan ditelan bumi
- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan dalam laut merah
- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk
- Umat Nabi Salleh a.s dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibril.
- Umat Nabi Hud a.s dimusnahkan Allah dengan angin taufan.
Juga berasal dari perkataan arab iaitu Arba'ah bermaksud yang ke empat dan dimelayukan menjadi Rabu.
My Madrasah...
![]() |
| Nurul Iman tahun 90'an |
![]() |
| Nurul Iman tahun 1995 |
![]() |
| Nurul Iman tahun 1996 |
![]() |
| Nurul Iman tahun 1998 |
![]() |
| Nurul Iman tahun 2001 |
![]() |
| SAMNI tahun 2008 |
![]() |
| SAMNI 2010 |
Tersimpan di dalam lipatan hati ini...
Selasa, 10 April 2012
Hari Selasa
Peristiwa yang berlaku pada hari ini :
- Nabi Yahya a.s wafat dibunuh
- Nabi Zakaria a.s juga wafat dibunuh
- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan
- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh
- Lembu kaum bani Israil dibunuh
- Habil dibunuh oleh Qabil.
Perkataan selasa juga berasal dari bahasa arab iaitu Salasah bermaksud yang ketiga.
Isnin, 9 April 2012
Hari Isnin
Pada hari ini :
- Nabi Idris a.s dinaikkan ke langit
- Nabi Musa a.s mengunjungi Bukit Tursina
- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad. s.a.w
- Nabi Muhammad s.a.w wafat
Perkataan Isnin berasal dari bahasa Arab iaitu Isnaini bermakna yang kedua. Juga dimelayukan menjadi Isnin.
Sumber Trafik Bulan Mac 2012
Alhamdulillah setelah dapat tersenarai dalam bloglist Otai Abg Ben, trafik ke blog ini semakin meningkat. Untuk bulan Mac lepas blog penulis dilihat sebanyak 4664 kali. Penyumbang trafik adalah :
- http://www.benashaari.com
- http://sifa862000.blogspot.com
- http://maszull.blogspot.com
- http://eleventx.blogspot.com
Key words untuk bulan lepas :
- doa nabi adam
- gaji baru ssm 2012
- myvi se
- sun3tpini
- jadual gaji baru ssm 2012
- lahir bulan mac
- lahir bulan ogos
- kelahiran bulan muharram
- syaitan yang mengganggu untuk bangun subuh
- buku.animation.gif
Follower terbaru penulis :
- http://izzdfarish.blogspot.com
- http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
- http://www.papamifz.com
- http://acuyuhan.blogspot.com
- http://sweetdicember.blogspot.com
- http://citerkumrsfaz.blogspot.com
- http://kesahchemija.blogspot.com
- http://kazreal.blogspot.com
- http://ilovemiyamie.blogspot.com
- http://chikimaruko.blogspot.com
- http://humblekindlovely.blogspot.com
- http://eppy25.blogspot.com
- http://akusigadisbiru.blogspot.com
Terima kasih sudi membaca...
Ahad, 8 April 2012
Hari Ahad
Pada hari ini :
- Allah menjadikan alam, bintang, api neraka, tujuh lapis bumi, tujuh lapis langit, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.
Dalam bahasa arab, Ahad bermaksud satu, tunggal dan Esa. Juga salah satu daripada Asmaul Husna, nama-nama Allah.
Sabtu, 7 April 2012
Hari Sabtu
Pada hari ini :
- Nabi Nuh a.s diperolok oleh kaumnya ketika membina bahtera
- Nabi Salleh a.s ditipu oleh umatnya
- Nabi Yusuf a.s ditipu oleh saudaranya
- Nabi Musa a.s ditindas oleh firaun
- Nabi Isa a.s diperdaya oleh kaum yahudi
- Bani Israil ditukar menjadi kera setelah melanggar larangan menangkap ikan pada hari sabtu
Sabtu macam seperti perkataan Arab iaitu Sab'ah bermaksud yang ke-7 namun dimelayukan menjadi sabtu.
Jumaat, 6 April 2012
Rahsia Hari Jumaat
Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria dan yang muram. Semuanya adalah hari. Hari apakah kita dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama kita menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia ini.
Pada hari ini :
Pada hari ini :
- Nabi Adam a.s berkahwin dengan Hawa
- Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha
- Nabi Musa a.s berkahwin dengan Safurah anak Nabi Syuib a.s
- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Ratu Balqis
- Nabi Muhammad s.a.w berkahwin Siti Khadijah dan juga Aishah
- Ali Abu Thalib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah
Hari Jumaat juga adalah penghulu segala hari. Berasal dari perkataan Arab Juma'ah bermaksud dikumpulkan segala hari padanya. Di melayukan menjadi Jumaat.
Khamis, 5 April 2012
Apa kata kita buat macam ni...?
Ada hari mood kita datang untuk rajin blogwalking dan memberikan komen serta kunjungan balas kepada orang yang telah datang ke blog kita. Ini sebagai tanda kita memberikan respons kepada mereka. Namun bila jadi macam ni, penulis rasa agak kesusahan sedikit...
Penulis mengagak mesti anda semua pernah mengalami perkara sebegini. Semangat nak komen dah kurang sikit bila ada benda ni. Cadangan penulis, baik removekan je word verification ni. Caranya pun senang je, pergi dekat Setting dan klik Comments.
Skrol ke bawah dan cari bahagian ini.
Pilih je NO dan tekan SAVE SETTINGS. Dah siap... senang je kan? Apa kata kita buat macam ni, senang sikit kawan kita nak komen selalu. Terima kasih sudi membaca...
![]() |
Penulis mengagak mesti anda semua pernah mengalami perkara sebegini. Semangat nak komen dah kurang sikit bila ada benda ni. Cadangan penulis, baik removekan je word verification ni. Caranya pun senang je, pergi dekat Setting dan klik Comments.
Skrol ke bawah dan cari bahagian ini.
Pilih je NO dan tekan SAVE SETTINGS. Dah siap... senang je kan? Apa kata kita buat macam ni, senang sikit kawan kita nak komen selalu. Terima kasih sudi membaca...
Rabu, 4 April 2012
Kenangan madrasah ku...
Nurul Iman pada tahun 2004, untuk tatapan buat semua Alumni Nurul Iman. Kenangan buat kita... Taman Pendidikan Islam Nurul Iman (TPINI)
Kredit to : Hamzah
Isnin, 2 April 2012
Tahukah anda...?
7 hari kejadian alam...
- Sabtu = Tanah dijadikan
- Ahad = Gunung ditancapkan
- Isnin = Pohon ditumbuhkan (Elok untuk menanam pokok)
- Selasa = Bahan-bahan mineral dijadikan
- Rabu = Cahaya dijadikan
- Khamis = Binatang ditebarkan (Elok untuk menternak haiwan)
- Jumaat = Nabi Adam dijadikan
Hebatkan...? Subhanallah...
Jawapan untuk senaman minda
Ada seorang pemandu membawa kereta berwarna hitam. Sambil memandu dia memakai spek mata hitam dan pada waktu itu tiada cahaya bulan dan tiada bintang. Lampu jalan pula tidak menyala pada ketika itu dan lampu kereta rosak. Tiba-tiba seekor kucing hitam melintas jalan dan dengan selamba sahaja pemandu tersebut mengelakkan keretanya daripada melanggar kucing tersebut. Kenapakah pemandu itu boleh mengelak dengan mudah dari melanggar kucing itu...?
Jawapannya adalah : PEMANDU TERSEBUT MEMANDU KERETANYA PADA WAKTU SIANG...
Tahniah kepada blogger yang berjaya menjawabnya iaitu :
![]() |
| http://sifa862000.blogspot.com |
Terima kasih kerana sudi membaca, kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi di lain kali...
Ahad, 1 April 2012
Senaman minda...
Jom teka...
Ada seorang pemandu membawa kereta berwarna hitam. Sambil memandu dia memakai spek mata hitam dan pada waktu itu tiada cahaya bulan dan tiada bintang. Lampu jalan pula tidak menyala pada ketika itu dan lampu kereta rosak. Tiba-tiba seekor kucing hitam melintas jalan dan dengan selamba sahaja pemandu tersebut mengelakkan keretanya daripada melanggar kucing tersebut. Kenapakah pemandu itu boleh mengelak dengan mudah dari melanggar kucing itu...?
DAH TUTUP...
Ada seorang pemandu membawa kereta berwarna hitam. Sambil memandu dia memakai spek mata hitam dan pada waktu itu tiada cahaya bulan dan tiada bintang. Lampu jalan pula tidak menyala pada ketika itu dan lampu kereta rosak. Tiba-tiba seekor kucing hitam melintas jalan dan dengan selamba sahaja pemandu tersebut mengelakkan keretanya daripada melanggar kucing tersebut. Kenapakah pemandu itu boleh mengelak dengan mudah dari melanggar kucing itu...?
DAH TUTUP...
Langgan:
Catatan (Atom)

























