Sabtu, 31 Mac 2012

Jadual Gaji Baru SSM 2012



JPA dah keluarkan Pekeliling gaji baru SSM untuk tahun 2012. Nak tengok sama-sama boleh klik di SINI yer. Terima kasih sudi membaca.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Earth Hour...


Setiap 31 Mac, akan diadakan masa untuk bumi atau pun earth hour. Tanggungjawab kita untuk memadamkan tenaga elektrik seketika bagi menjayakan misi ini. Err... jadi ke orang nak padamkan lampu yer?

Jumaat, 30 Mac 2012

Tazkirah Jumaat : 15 orang yang tidak disukai iblis


Ada 15 orang yang tidak disukai oleh iblis iaitu :

  1. Nabi Muhammad s.a.w
  2. Pemerintah yang adil
  3. Orang kaya yang dermawan dan tawadhuk
  4. Peniaga yang jujur
  5. Orang alim yang khusyuk
  6. Orang beriman yang suka beri nasihat
  7. Orang beriman hatinya lembut
  8. Orang yang selalu bertaubat dan kekal dengan taubatnya
  9. Orang yang warak dan menjaga daripada benda yang haram
  10. Orang yang selalu dalam keadaan bersih dan suci
  11. Orang yang banyak sedekah
  12. Orang beriman dan berakhlak baik
  13. Orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain
  14. Orang yang menghafaz Al-Quran dan selalu membacanya
  15. Orang yang suka bangun tengah malam dan beribadah ketika orang sedang tidur
Semoga kita termasuk dalam salah satu yang ada dalam senarai ini, amin...

Khamis, 29 Mac 2012

Apalah dengan Astro ni...


Kali ni nak membebel sikit, maaflah dekat sini untuk meluahkannya. Hari ini cerita tentang Astro yang banyak kerenahnya. Penulis pakai astro ni sebab arwah mak nak sangat tengok rancangan astro aosis sebab masa tu banyak rancangan tentang haji.

Masa nak daftar, dia tak cakap pun apa-apa syarat ataupun kontrak yang menyusahkan. Isi borang, bayar duit dan tunggu orang pasang piring astro. Masa tu penulis ada juga bertanya pada penjual, "Ada apa-apa lagi ke...? Penjual tu cakap dah takde apa-apa." Tak cakap pun pasal kontrak ni...

Dah pakai 3 bulan, arwah mak cakap dah boringla nak tengok astro ni sebab rancangannya sama je. Bila hujan takde siaran. Arwah mak suruh tutup jela. Pergilah dekat pusat astro, nak tahu apa diaorang cakap...? "Encik kena pakai astro ni sampai DUA TAHUN, baru boleh stop. Laaa... dulu tak cakap pun macam tu.

Akhirnya, oleh kerana rasa tertipu penulis pun cabut wayarnya dan simpan dekodernya bawah katil sampai dua tahun. Sepanjang dua tahun, pihak astro asyik telefon je dan tanya nak sambung lagi ke sebab bayar bil sampai 3 bulan je. Cukup je masa dua tahun, penulis pergi semula ke pusat astro balik untuk terminated perkhidmatannya.

Nak tahu apa yang diaorang cakap lagi...? "Encik tak boleh stop lagi sebab tak cukup DUA TAHUN lagi ni. Penulis tanya kenapa pula, kan saya dah cukup dua tahun ni. Diaorang cakap macam ni, "Memanglah encik dah pakai DUA TAHUN tapi dalam perkhidmatan kami encik hanya AKTIF tiga bulan sahaja. Jadi kalau nak terminated, KENA AKTIF PAKAI ASTRO SAMPAI DUA TAHUN baru boleh stop.

Macam tu pulak... kena aktif pakai sampai dua tahun baru boleh berhenti. Masa kita nak dia, manis betul mulut diaorang ni, Bila kita dah tak nak pakai, macam-macam pula alasannya. Nasihat penulis, sebelum nak ambil apa-apa perkhidmatan berbayar ni, tanya betul-betul apa syaratnya. Takut jadi apa-apa kemudian nanti. Apa pula komen anda tentang Astro ni...?

Selasa, 27 Mac 2012

Bacaan sujud sahwi

Bacaan ketika sujud :


Bacaan rumi : Subhanallazi la yanamu wa la yashu

Ertinya : Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa

Bacaan ketika duduk :

Bacaan rumi : Robbi fir warham wa anta khairur rahimin

Ertinya : Ampunilah dan kasihilah daku wahai Tuhanku kerana Engkaulah Maha Pengasih lagi Penyayang


Sumber : Panduan Fardhu Ain karangan Ustaz Ismail Kamus

7 perkara yang menyebabkan kita kena sujud sahwi

Sunat ab'adh adalah sunat yang dikuatkan dan andainya terlupa mengerjakannya di dalam solat, maka disunatkan sujud sahwi. Sunat ab'adh ini ada tujuh (7) :
  1. Tahyat awal
  2. Selawat di dalam tahyat awal
  3. Duduk tahyat
  4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir malam 15 ramadhan
  5. Selawat dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada masa tahyat akhir
Sumber : Panduan Fardhu Ain karangan Ustaz Ismail Kamus

    Isnin, 26 Mac 2012

    Gaji Baru SSM 2012


    Banyak betul orang nak cari jadual gaji baru SBPA 2012 ni yer, sampai 456 kali dilihat dalam blog penulis ni. JPA dah keluarkan Pekeliling Gaji Baru SSM 2012 dan boleh klik di SINI untuk melihatnya.

    Kalau nak tahu juga, kena kali dan bahagilah gaji yang ada sekarang dengan kenaikan 13 peratus tersebut, dapatlah hasilnya. Elaun bantuan sara hidup (COLA) juga naik RM50 bagi yang dapat bayaran RM100 dan RM200.

    Sama-samalah kita bersyukur dengan rezeki yang kita dapat dan ingat Firman Allah, kalau kita bersyukur dengan nikmat yang diberi maka Allah akan tambah lagi rezeki kita. Janji Allah itu pasti... Terima kasih sudi membaca.

    Contoh pengiraan : RM 954.63 x 13 bahagi 100 = RM 124.10 (Jumlah kenaikan 13 %)

    RM 954.63 + RM 124.10 = RM 1078.73

    Ahad, 25 Mac 2012

    Tahniah kepada yang berjaya...

    http://laman-ayahsu.blogspot.com

    http://kazreal.blogspot.com

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com

    http://umikasum.blogspot.com 

    http://eleventx.blogspot.com

    Jawapan untuk jom teka hari ini ialah : STOKIN JADI BASAH, terima kasih kepada yang sudi menjawabnya. Tahniah kepada yang berjaya... Tolong menolong sesama apa salahnya.

    Jom teka lagi...

    Ahmad ada 5 pasang stokin. 2 warna merah, 2 warna kuning dan satu warna putih. Kemudian ahmad mencelupnya ke dalam air sirap yang berwarna merah. Apakah yang akan terjadi... Cuba teka?

    Terima kasih sudi membaca...

    Masa meneka dah habis...TUTUP

    Sabtu, 24 Mac 2012

    Jom tambah amal jariah...

    Masjid Lama Kampung Sura, Dungun Terengganu dalam pembinaan untuk membesarkan lagi bagi keselesaan jemaah masjid. Masih memerlukan sumbangan dari kita dan jom tambah pelaburan akhirat...!





    Sumbangan bolehlah didermakan ke tabung pembangunan masjid yang sentiasa ada di masjid atau masukkan terus ke akaun masjid BIMB atas nama : Masjid Lama Kg Sura No. Akaun :13044020996831. Boleh rujuk di SINI.

    Jumaat, 23 Mac 2012

    Lau Kaana Bainana (Sekiranya Baginda Bersama Kita)


    Nak download lagu ni, klik di SINI.

    Tazkirah Jumaat : Kelebihan bersugi


    Dalam kitab At-Tibbun Nabawi yang disusun oleh Ibnu Qayyim, halaman 249 dijelaskan manfaat bersugi. Diantaranya ialah :
    1. Membersihkan mulut
    2. Menguatkan gusi
    3. Mencegah pendarahan
    4. Menguatkan penglihatan
    5. Mencegah gigi berlubang
    6. Menyihatkan pencernaan
    7. Menjernihkan suara
    8. Membantu penghadaman makanan
    9. Melancarkan saluran pernafasan
    10. Menggiatkan bacaan zikir dan solat
    11. Menahan tidur
    12. Diredhai Allah
    13. Dikagumi oleh malaikat 
    Banyakkan kelebihan bersugi atau pun gosok gigi ni kan? Anda buat anda dapat... Terima kasih sudi membaca.

    Khamis, 22 Mac 2012

    Untuk blogger yang bertuah!


    Jawapan untuk entri jom teka adalah : Ikan jadi hairan lah.... Tahniah dan terima kasih pada 4 blogger yang berjaya menjawab soalan ni dengan betul.

    http://zakiepurvit.blogspot.com

    http://maszull.blogspot.com

    http://menara-kehidupan.blogspot.com

    http://fuhpixel.com

    Spontan Khamis : Jom teka...

    Ada 5 ekor ikan dan 5 ekor sotong. Kalau sotong jadi ikan, apakah yang akan terjadi pada ikan? Sila jawab...

    Jawapan yang betul, ada hadiahnya.

    DAH TUTUP...

    Cantikkan Window 7 anda dengan...


    Mungkin ada yang dah tahu tentang ni, tapi penulis nak berkongsi juga pada sesiapa yang belum mencubanya. Bosan dengan tema window 7 yang standard? Mungkin ada boleh cuba dengan tema yang lain dan ingin mencantikkan lagi komputer anda dengan tema yang pelbagai.

    Gambar di atas contoh tema yang penulis guna, tema Transformers. Ingin cuba menukar tema anda, boleh klik di SINI dan downloadnya dengan free. Tema ni best sebab ada sound effect dia sekali, selamat mencuba...!

    Rabu, 21 Mac 2012

    Iktibar dan pengajaran


    Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...

    Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

    Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”

    Sumber : Facebook tazkirah

    Installer Kaspersky 2011


    Nak download? Boleh klik di SINI. Kalau pergi dekat Website dia, ada installer 2012 sahaja.

    Back-up komputer anda dengan...


    Bulan lepas baru habis belajar repair komputer dan kursusnya tak lama, cuma 3 hari je. Memang ekspres betul kursus ni, nasib baik penulis dapat ikut dan catch up. Lagi satu disebabkan minat untuk membaiki komputer sendiri.

    Antara pelajaran yang berguna adalah bagaimana untuk kita back up komputer serta drivernya sekali. Kebiasaanya lepas kita format komputer, maka driver asalnya akan hilang dan terpaksa mencari dan mendownloadnya di internet. Memang menyusahkan!

    Cara yang lebih senang dan mudah ialah, kita back up driver komputer kita semasa ianya masih ok dan tiada masalah. Sebenarnya banyak software untuk back up driver ni, tapi yang penulis dapat dari kursus repair komputer baru-baru ini. Lepas siap back up driver yang ada, bolehla kita simpan di dalam external hard disk atau pun cd.

    Lagi satu kebaikan software ni adalah ia akan scan komputer kita dan akan mengesan apakah kekurangan driver yang ada dalam komputer kita dan mendownload untuk kita driver tersebut. Sebelum download, kita boleh pilih terlebih dahulu. Ada yang berminat untuk cuba software ni? Boleh PM penulis di ruangan komen dan tinggalkan emel anda. Terima kasih sudi membaca...

    Wordless hari ini...

    Nokia 5800

    Cerita tentang ni, ada di sebalik entri ini... SINI

    Selasa, 20 Mac 2012

    Alhamdulillah, daku tersenarai...


    Terima kasih buat Abg Ben, jasa mu dikenang... Nak tengok entri ni boleh klik di SINI. Terima kasih sudi jenguk ke blog penulis...

    Mood hepi... :-)

    JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


    Jom join segmen Abg Ben ni, nak join sekali boleh klik pada headernya yer. Ok jom kita mulakan segmen...


    "Santri TPINI = Sun3tpini". Samakan, cuma ejaan je berbeza tapi bacaannya sama.

    Cuma cerita dapat nama ni dari asal perkataan SANTRI yang bermaksud pelajar dan diambil dari bahasa Indonesia kerana penulis pernah belajar di Pondok Pesantren. Bukan di Indonesia tapi di negara kita tercinta ini bertempat di Meru Klang Selangor.

    Tapi kalau tengok Header blog ni nama Alumni Nurul Iman, kenapa lain pulak?...hehehe ini adalah dari cadangan seorang kawan penulis untuk menukarnya supaya lebih o.k katanya. Jadi penulis pun menukarnya dari Santri TPINI kepada Alumni Nurul Iman...

    Lagi pula tujuan sebenar blog ni dibangunkan untuk penulis berkongsi dengan semua kawan-kawan yang pernah bersama penulis belajar di sana (Nurul Iman). Berkongsi cerita, pengalaman dan sebagainya...begitulah ceritanya.

    Opera Mini


    Agaknya ada yang dah tahu pasal software ni. Jadi penulis ingin berkongsi sedikit tentang Opera Mini yang best ni. Pertama software ni free dan mudah untuk kita download. Klik di SINI untuk mencubanya.

    Kedua inilah software yang penulis gunakan untuk melayari internet dan juga blog menggunakan Nokia 5800 milik sendiri. Mestilah guna Wifi atau wireless yang ada, kalau pakai kredit memang cepat habislah macam minum air.

    Kalau takde kredit, kenalah cari software yang telah di Hack oleh hackers. Itu anda kena cari sendiri dan kena tanggung risikonya. Penulis pernah mencubanya, tapi boleh guna tak lama pun sebab Website dia kesan dan blok penggunanya.

    Oklah itu sahaja perkongsian kali ini dan terima kasih sudi membaca.

    Isnin, 19 Mac 2012

    Dah boleh online lagi...

    Yes !! Dah boleh menge-post-kan entri baru melalui Nokia 5800 ni setelah sekian lama mencari solusinya. Alhamdulillah dah jumpa software yang sesuai untuk telefon ni...

    Ahad, 18 Mac 2012

    Nak edit gambar supaya muka licin dan halus?



    Perhatikan 2 gambar ini, gambar budak perempuan jadi halus dan tidak berminyak manakala orang tua pula hilang kedutannya dan juga licin. Ini adalah hasil setelah di edit menggunakan software yang penulis dapat ketika menggoogle dan blog walking.

    Tak susah pun pakai software ni dan ianya bukanlah Adobe Photoshop. Cuma software biasa-biasa sahaja dan kegunaannya adalah untuk edit gambar supaya lebih gebu, halus, licin dan tidak berkedut. Mungkin ini yang digunakan oleh kedai gambar agaknya.

    Pada yang berminat untuk mencuba software CPAC ni, PM penulis melalui ruangan komen dan tinggalkan emel anda, tak besar pun dalam 9.24 MB je. Software ni dah full dan terus boleh guna. Tak perlu install pun dalam komputer.

    Ataupun klik di SINI untuk mendownloadnya...

    Sabtu, 17 Mac 2012

    Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012


    Ini kata tuan Blog : (Copy and Paste) sori yer...

    "SYARAT UTAMA : kene jadi follower ayu dulu yer...
    1. korang kene gamkan gmbo diatas dlm entry korg dan linkkan ia ke entry ni..
    2. tajoook nye : "Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012".
    3. dah siap gam kuat2  korgnye url dalam komen kat bawah yer..


    hope sangat penyertaaan memberangsangkan... akan tamat pada  18 / 3 / 2012 nantiii...jam 11.00 malam...hehehe... "

    Follower terbaru penulis :

    1. http://wwwakupunyer.blogspot.com
    2. http://bbyzyerapunye.blogspot.com
    3. http://sweet-ladybird.blogspot.com

    Kerenah Si Anon...


    Tak tahulah nak cakap apa dengan Si Anon ni, teringat pula pepatah baling batu sembunyi tangan. Agaknya dia baca tak apa yang ada dalam entri yang penulis tulis tu. Lain kali baca biar habis barulah bagi pendapat atau pun komen sewajarnya.

    Berani tulis dan cakap je tapi tak nak tinggalkan jejak untuk kita follow up. Panas juga rasanya bila dapat komen yang tidak membina ni. Nak tengok entri tu semula, boleh klik di SINI. Memanglah kita kena ambil insuran sebab nak cover kalau ada apa-apa berlaku pada kenderaan kita atau orang lain.

    Tapi dalam entri tu penulis nyatakan tentang kenaikan harga insuran disebabkan bayaran tambahan P.A (Personal Accident). Bayaran ini untuk cover kalau ada apa-apa berlaku pada kita jika berlaku kemalangan. Ini yang tidak difahami oleh Si Anon tu dan tidak dibaca olehnya.

    Terima kasih sudi membaca sampai habis. Apa tindakan anda kalau dapat komen dari Si Anon sebegini...?

    Jumaat, 16 Mac 2012

    Tazkirah Jumaat : Pernah tak kita kira...?


    Satu hari satu malam kita sholat sebanyak :

    • 17 Rakaat
    • 34 Sujud
    • 94 Takbir
    • 9 Tahyat
    • 10 Salam
    • 153 Tasbih
    Maka jumlah rukun kesemuanya 126 rukun. Sumber : Panduan Fardhu Ain karangan Ustaz Haji Ismail Kamus.

    Khamis, 15 Mac 2012

    Spontan Khamis : My First Handphone!


    Ini adalah handphone pertama penulis beli dan guna pada tahun 2000, masa tu orang tengah glamour pakai handphone Nokia 3310. Sapa yang pakai 3310 memang klass lah! Sebelum keluar 3310 ni, banyak yang pakai Nokia 3210 yang jenis kepala besar sikit. Nak tengok klik di SINI.

    Nak tau harganya berapa...? Masa tu beli phone ni siap sekali dengan line prepaid sekali RM 600 ringgit. Penulis ambil operator TimeCell sebab masa tu Maxis, Celcom, Digi, TM Touch memang mahal, dekat-dekat RM250 harganya. Belum campur dengan harga phone lagi.

    Sekarang hanset ni dah arwah tapi masih lagi disimpan dengan baik kerana sayang nak buang, my first handphonela katakan... Ok itu sahaja untuk hari ini, terima kasih kerana sudi membaca entri penulis. Apa pula handset pertama anda?

    Selasa, 13 Mac 2012

    Nak tengok TV dekat komputer sendiri?


    Macam mana nak tengok TV dekat laptop atau komputer sendiri? Hari ni penulis ingin berkongsi dengan semua cara untuk melihat TV di komputer sendiri dan kita boleh tengok macam-macam TV termasuk yang luar negara. Radio pun ada juga...

    Setelah menjelajah dan akhirnya penulis jumpa dengan blog yang best ni. Memang bestla dapat tengok tv melalui laptop sendiri cuma siarannya agak lambat sedikit daripada TV lebih kurang seminitla kot... Nak cuba? Boleh klik di SINI yer... Pace Streaming

    Selamat Mencoba...!!! Kalau pakai UNIFI lagi best ! Tapi pakai Streamyx pun dah boleh...

    Ahad, 11 Mac 2012

    Final Perseorangan All England 2012


    Malam ni Lee Chong Wei akan berdepan seteru utamanya iaitu Lin Dan dan kita semua mengharapkan Lee Chong Wei akan berjaya mengalahkannya dan seterus melakar rekod hatrik untuk All England kali ini.

    Permainan Chong Wei malam tadi agak bersahaja setelah diberitakan yang Chong Wei mengalami sakit tangan namun tetap dapat mengalahkan Lee Hyun Ill. Semoga Chong Wei dapat bermain dengan baik malam nanti dan tidak berlaku kecederaan yang teruk kepada beliau.

    Sama-sama kita sokong Chong Wei malam ini, kalau menang itu adalah hasil usaha beliau dan kalau kalah jangan kita lupa untuk terus menyokongnya. Kalah menang itu adalah adat sesuatu pertandingan. Suka tengok Chong Wei main badminton dalam beregu campuran baru-baru ini...

    Sabtu, 10 Mac 2012

    Jawapan Segmen Jom Teka

    291 Catatan

    Ini adalah jawapan untuk segmen jom teka baru-baru ini. Terima kasih kepada semua yang sudi join dan tahniah kepada yang berjaya menjawabnya dengan tepat. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa dan cuba lagi untuk lain kali.

    Kepada yang berjaya menjawabnya, hadiahnya adalah Top Up Kredit untuk setiap seorang dan sila beritahu pada penulis apa operator yang dipakai sama ada Maxis, Celcom atau Digi dan emelkan pada penulis di : edifadli@gmail.com yer.

    Malu dengan orang lain sebab catatan penulis baru 200 lebih jer... Orang lain mungkin dah ribu-riban catatan.

    Jumaat, 9 Mac 2012

    SBPA dihapuskan dan SSM diteruskan semula

    Khabar yang menggembirakan buat semua penjawat awam setelah PM mengumumkan kenaikan gaji buat semua semua peringkat dari Gred 1-54 naik 13 %. Selain itu 7, 8, 9 % untuk peringkat yang lebih atas. Selain dari itu COLA juga dinaikkan RM50 untuk penerima COLA RM200 dan RM100.

    Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak namun yang menggusarkan nanti adakah harga barang-barang juga turut naik  ke? Kalau naik, memang memberatkan bagi yang berpendapatan rendah yang tidak tetap. Kalau pekebun dan nelayan yang pendapatannya tidak menentu, bagaimanakah nasib mereka.

    Semoga perkara ini tidak berlaku dan kepada peniaga, janganlah menaikkan harga barang sesuka hati disebabkan penjawat awam naik gaji. Kesianlah kepada mereka yang susah dan tidak ada pekerjaan yang tetap kerana mereka juga pengguna harian.

    Klik di SINI untuk jadual gaji SSM

    Selasa, 6 Mac 2012

    Segmen Jom Teka...


    Alhamdulillah, entri jom teka yang lepas dapat sambutan yang menggalakkan dan kali ini penulis ingin membuat satu segmen yang senang. Ini adalah segmen yang kedua penulis anjurkan dan semoga ada yang sudi join sama-sama...

    Syaratnya cukup mudah iaitu meneka berapakah jumlah entri yang telah ditulis dalam blog penulis ini. Tak perlu buat entri cuma jawab soalan dan menulis jawapannya diruangan komen yang disediakan. Itu sahaja, senang ke susah....? Dan tak perlu nak tag kawan...

    Klunya boleh lihat pada kolum koleksi entri, siapa yang boleh jawab dengan JAWAPAN yang hampir tepat ada hadiah untuknya. Selamat Mencuba !!! Terima kasih sudi membaca... Tarikh tutup hari sabtu ni yer...

    Sabtu, 3 Mac 2012

    Kurang segmen kan...?

    Pinjam dari Segmen Abg Ben
    Perasan tak sejak dua menjak ni, kurangnya segmen dalam dunia blogger ni tapi bila dah tiba musimnya tak terkejar nak follow dan join sekali. Hari tu penulis ada perasan yang otai blogger Ben Ashaari buat segmen tapi penulis tak sempat nak join.

    Pernah sekali dalam entri penulis penuh dengan segmen sahaja untuk satu minggu. Ada yang di ajak dan ada yang penulis nak join sekali walaupun tak diajak. Dengan segmen ni jugalah trafik blog penulis makin meningkat dan mendapat kawan dan pembaca yang setia sehingga sekarang.

    Penulis juga pernah adakan segmen untuk kali pertama dan sambutannya juga menggalakkan walaupun tak mencapai target yang yang disasarkan tapi takpelah, sekurang-kurang berjaya juga menarik perhatian yang lain sekaligus membantu mereka untuk dapat trafik free melalui SEO...

    Oklah, itu sahaja untuk kali ini dan kalau ada yang nak buat segmen jangan segan-segan untuk jemput penulis sekali.... Kalau penulis nak buat segmen untuk round kedua ok tak agaknya...?