Setelah mendengar pengumuman tarikh berpuasa pada tahun ni, penulis perasan bahawa penyimpan mohor besar kali ini adalah orang yang baru menggantikan yang dahulu. Seingat penulis, penyimpan mohor besar yang dulu masa kecik-kecik lagi sampailah ke tahun 2010 orang yang sama. Paling diingati adalah sebutan huruf "R" nya yang macam bunyi huruf "Ngin" dalam jawi. Maafkan saya tuan...
Tahun 2011 ni, adalah penyimpan mohoh besar yang baru. Masih belum mengenali apakah sesuatu yang boleh diingati seperti penyimpan mohor besar yang lama dulu. Pengumuman inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat beragama Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sangat gembira apabila diumumkan tarikh hari raya pada setiap tahun.
Okla, itu sahaja perkongsian untuk kali ini, Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan untuk semua...!
Ahad, 31 Julai 2011
SEGMENT : Saya Punya Lagi Best!
Segmen yang dianjurkan oleh blogger Nakakashichi. Segmen dia pun senang jer, cuma pilih entri kita yang ada dalam blog sendiri mana yang paling best. Nak join, klik di SINI untuk keterangan lanjut. Ok, jom kita mulakan.
Bagi penulis, entri yang paling best adalah segmen kritik blog sendiri anjuran Otai Blogger Ben Ashaari. Sebabnya kita boleh tau apa kekurangan yang ada di dalam blog kita daripada blogger lain. Dalam entri ni, penulis dapat 39 komen, entri yang paling banyak mendapat komen dari blogger lain. Kira mencatat sejarah la, sebab entri lain cuma ada 3 komen, 2 komen dan kadang juga takde lansung komen. Nak tengok entri tu semula, boleh klik di SINI.
Terima kasih Nakakashichi...
Khamis, 28 Julai 2011
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ...
Lagu : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Nyanyian : Rabbani
Vokal : Arwah Ustaz Asri Ibrahim
Terima kasih kepada : http://www.youtube.com/user/syahrulazhar89

Dialog Ramadhan Di Hadapan Allah
Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.
Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BURAQ sebagai kapal terbang.
Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Moral & Iktibar :

- Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
- Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji.
- Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.
- Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.
- Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
- Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.
Rabu, 27 Julai 2011
Countdown Ramadhan...
Ramadhan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Apakah persiapan kita untuk menyambutnya? Bulan yang berkat, penuh dengan rahmat dan maghfirah dari Allah Yang Maha Esa... Jom kita check :
- Niat puasa (Sahaja aku puasa di bulan ramadhan, fardhu kerana Allah Taala)
- Al-Quran (Kalau boleh baca setiap hari)
- Bacaan dalam solat tarawih (Fadlam minallahi wa nikmah)
- Kurma untuk berbuka
- Nak sedekah jariah
- Nak tambah amal ibadah
- Nak tolong orang
- Nak jadi baik ( Kalau boleh selamanya...)
Selasa, 26 Julai 2011
Rumusan dari segmen kritik blog sesama...
Banyak btul penulis dapat komen setelah join segmen yang sangat berguna ni. Kita boleh tahu mana kekurangan kita sebab mata kita ni dua je berbanding kalau ada 40 orang yang komen dan kalikan dengan dua mata setiap orang. Mesti ada yang nampak mana yang kurang dalam blog ni... Setelah diperiksa 40 komen tersebut, inilah rumusannya.
Erm...satu lagi tentang background blog ni dan warnanya tidak boleh ditukar setelah penulis check, hanya yang dibenarkan adalah menukar warna fon tulisan dalam blog ni sahaja. Owner templet ni tak bagi kita oter-oter templet dia.
- Suruh buat scroll archive sebab panjang sangat dapat 4 komen.
- Suruh tukar kepada 2 kolum dapat 7 komen.
- Suruh tukar bloglist kepada 5 list dapat 1 komen.
- Suruh buat header dapat 5 komen.
- Suruh tukar c-box kepada shoutbox dapat 2 komen.
- Suruh adjust background dapat 4 komen.
- Suruh tukar kaler dalam blog dapat 2 komen
- Yang puji ada 7 komen.
- Yang no komen pun ada dapat 6 komen.
Erm...satu lagi tentang background blog ni dan warnanya tidak boleh ditukar setelah penulis check, hanya yang dibenarkan adalah menukar warna fon tulisan dalam blog ni sahaja. Owner templet ni tak bagi kita oter-oter templet dia.
Isnin, 25 Julai 2011
BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?
Jom join segmen yang dianjurkan oleh Abg Ben kita, nak join sekali, boleh klik di SINI untuk keterangan lanjut. Jom kita mulakan...
Segmen kali ini, Abg Ben ajak kita mengkritik blog sesama kita, tapi kritikan yang membangun sahaja, bukan menjatuhkan orang yer... Bagi penulis, sesiapa sahaja boleh kritik blog penulis ni. Kritiklah apa sahaja, header ke, design ke, widget ke, entri ke atau apa sahaja yang ada dalam blog penulis ni. Carilah kelemahan yang ada, supaya penulis dapat memperbaikinya agar semua berpuashati. Akhir kata, terima kasih diucapkan dan Selamat Mengkritik !!

Tiga rantai ...
Pada entri terdahulu penulis ada menulis 4 perkara yang dilakukan sebelum tidur. Kali ini tentang bangun dari tidur pula. Nak post entri ni pagi tadi tapi tak sempat.
Sebenarnya, sewaktu kita tidur ada yang sedang menantikan kita. Dia tidak pernah tidur dan sentiasa hendak mengganggu kita bahkan waktu tidur. Siapa? syaitan lah yang selalu hendak menggoda kita. Ketika kita tidur, dia datang membawa 3 rantai untuk merantai seluruh badan kita.
Pertama kita dirantai pada kepala, kedua badan dan ketiga pada kaki. Syaitan mengikat pada seluruh badan kita supaya kita malas untuk bangun pada waktu subuh. Tapi walaupun ikatan rantai ini begitu kuat, ada caranya untuk kita melepaskannya. Nabi kita mengajarkan tiga perkara untuk meleraikan ikatan semua rantai ini.
Pertama, ketika bangun bacalah Bismillah dan doa bangun tidur. Maka terlepaslah ikatan rantai yang pertama. Kedua lepas bangun, kita terus ke bilik air dan ambil wudhuk. Maka terlepaslah ikatan yang kedua. Terakhir kita dirikanlah solat, maka terlepaslah ikatan yang ketiga.
Kita tafakur sejenak, imbas semula ke belakang. Adakah semua rantai tersebut sudah terlepas dari badan kita? Mungkin kita sehari-hari merasa tidak bermaya, tidak tenang dan berserabut disebabkan masih ada rantai yang belum putus di badan kita. Kalau ada, cepat-cepatlah mencari kunci untuk meleraikannya...
Sumber: semasa penulis belajar di Nurul Iman.
Ahad, 24 Julai 2011
Minat SLAM punya pasal...
Teringat masa sekolah dulu, kumpulan SLAM adalah top dan lagu-lagunya menjadi siulan kami. Banyak lagu-lagunya kami hafal sebab minat sangat. Ada lagi kumpulan lain tapi kami kurang minat. Tak caya, boleh tengok gambar ni...
Mestilah tak sama sebab kedudukan kami berbeza cuma style posing jer sama...Hahaha kelakar bila tengok gambar ni balik. Teringat kenangan zaman sekolah dulu...Begitu indah. Gambar SLAM ni penulis dapat berkunjung ke Mydin suatu masa dulu. Bila ternampak gambar kulit cd ni teringat masa tu, terus jer klik kat situ pakai fon. Nasib baik pengawal tak nampak... Okla, semoga enjoy baca entri ni dan tengok gambar yang ada. Terima kasih...
sama tak dengan yang bawah ni....
Timbul keinsafan...
Hari ni penulis dapat panggilan untuk menggantikan staff yang tiada. Tugas kami hari ni adalah berkunjung ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa. Sampai di sana kami disambut dengan meriah oleh kanak-kanak yang riang ketawa dan kami pun memulakan tugas masing-masing.
Penulis bertugas menjaga peralatan ICT supaya dapat berfungsi dengan baik semasa digunakan. Setelah semuanya siap dipasang, doktor memulakan syarahannya kepada semua ibu-bapa dan penjaga kanak-kanak yang ada di sana. Ada yang faham, ada yang mengangguk dan ada yang tengok sahaja. Ada juga yang bertanya mungkin kerana kurang faham, maklumlah orang kampung, mana faham bahasa sains ni.
Penulis tidak menumpukan apa yang diperkatan oleh doktor kerana asyik memandang gelagat kanak-kanak yang ada di sana. Mereka cuma memerhatikan apa yang ada pada gambar yang disiar melalui projektor. Tersenyum ketawa bila nampak gambar kanak-kanak menunjukkan gigi...
Selesai syarahan, doktor pun memulakan rawatan pergigian kepada semua kanak-kanak yang ada mengikut giliran. Semasa menunggu giliran, kanak-kanak yang ada dihiburkan dengan informasi dan video tentang penjagaan gigi. Seperti tadi, mereka cuma melihat...dan diam. Hendak memahami mungkin tak sampai tahapnya.
Kesian penulis melihat mereka, atas inisiatif sendiri yang timbul, penulis menutup video tersebut dan nasib baik ada video cam. Penulis pun memasang video cam tu dan disambung ke projektor. Setelah gambar keluar di skrin, mereka ketawa !!! Masing-masing tersenyum keceriaan berbanding tadi cuma diam sahaja. Mereka gembira kerana nampak muka masing pada skrin. Lebih lagi ada yang pandai bergaya apabila zoom pada muka mereka... Tersenyum ketawa ibu bapa mereka melihat telatah anak-anak mereka.
Dalam hati ini terasa begitu puas dapat memberikan sedikit keriangan kepada mereka. Bagi penulis timbul keinsafan di dalam hati ini, bagaimanakah dengan ibu-bapa mereka dan juga guru yang setiap hari menghadapi kerenah mereka yang sangat istimewa ni. Begitu tabah dan penuh kesabaran... Maafla, penulis tak dapat kongsikan gambar-gambar ketika di sana. Cukup dengan penulis bercerita sahaja.

Sabtu, 23 Julai 2011
Penghargaan Buat Follower Ke-19
Malam tadi terjaga dek nyamuk yang menyanyi-nyanyi di telinga ni...Tengok jam pukul 3, ish baru pukul tiga ingat dah nak subuh. Tengok jam pulak pakai hanset (nokia 5800), hehehe online la kejap. Buka blog, wah...tengok dekat kolum Otai Blogger, pehhh...entri terbaru abg ben baru jer beberapa minit. Dalam hati ni terdetik, "Abg ben ni tak tido lagi ke?"...
Bila baca entri beliau barula faham....diaorang semua tengah bekerja kemas ofis baru. Tajuknya pun kita faham "Berkorban demi negara...". Dok belek-belek satu-satu entri abg ben dekat dalam blog beliau, terpandangla satu entri yang sangat mengujakan....FUHHHH !!
"Blog Pilihan Minggu Ini" tu...nak menjerit, tengah malam ni nanti apa pulak orang kata, nak melompat nanti takut anak terjaga sebab tido sebelah dia, jadi dalam hati banyak-banyak mengucapkan syukur... Alhamdulillah, blog penulis terpilih dalam entri Abg Ben Ashaari.... Terima kasih Abg Ben, jasa mu ku kenang sampai bila-bila...
Kalau nak tengok, boleh klik dekat SINI untuk tinjau-tinjau. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak berkongsi kebahagian ini bersama kawan-kawan yang lain terutama Follower penulis. Ini sebagai dorongan semangat dan motivasi untuk terus mereka menulis entri yang menarik di dalam blog.
Terima kasih banyak Abg Ben, Thank you very much Mr. Ben, Alfu Syukran Jazilan Akhi Ben...

Jumaat, 22 Julai 2011
Best ke pakai Nokia 5800 ?
Salam hormat pada semua kawan-kawan. Hari ni penulis online pakai Nokia 5800. Nak tau, susah betul taip sebab kena pakai stik pen dan tekan huruf satu-satu...Dah la skrin dan huruf ni kecik jer.
Ok, jom kita check best tak fon nokia 5800 ni...
1. Kamera dia best sebab carl zeiss 3.2 mp
2. Sound dia pun ok sebab jenis xpress music
3. Memory kad besar 8G
4. Boleh online internet pakai opera mini
5. Boleh install GPS Garmin (yang ni best sebab free)
6. Support game macam apple fon tu.
7. Ada wifi, 3G dan video format mp4
Okla itu sahaja perkongsian penulis semua. Penat....sebab kena taip satu-satu huruf dalam entri ni...huhhhhh (mengeluh panjang).

Khamis, 21 Julai 2011
Aktiviti Blog : Sudilah Kiranya Jadi follower Saya Boleh???
Segmen dari blogger Chegu Zubir, nak join sama klik di SINI untuk keterangan lanjut.Segmen dia pun senang jer, tak susah pun.
Sudilah kiranya anda menjadi follower saya kerana anda semua adalah yang terbaik diantara berjuta blogger yang ada di alam blogging ini. Tahniah semua !!!
Sedikit info tentang Chegu Zubir ...

- Merupakan Follower yang ke-72 di dalam list Top 25 Updates Blog, terima kasih Chegu...
- Blogger yang femes (bagi penulisla) diantara blogger yang ada
- Entri beliau juga menarik, tak rugi kalau kita follow dia.
- Mengenali beliau juga melalui blogger Cikgu Fadhilah @ C.F
- Latar belakang blog biru, sejukkk mata memandang...
SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI
Sedikit info tentang beliau...
- Merupakan Follower yang ke-32 dalam list penulis (Top 25 Updates Blog), Terima kasih Fahmi...
- Dah tukar header baru, simple tapi kemas dan cantik...
- Entri beliau banyak yang menarik dan terkini
- Blogger baru tapi hebat !!!
- Suka tengok rekaletak (design) blog beliau yang baru.
Penulis berasal dari Pahang tetapi membesar di Terengganu. Erm...raya ni belum tau lagi nak pakai baju warna apa sebab kena tanya orang rumah dulu...he3 sori Fahmi...
Penghargaan Buat Follower Ke-11...
![]() |
| http://dilamin.blogspot.com |
Sedikit info tentang beliau...
- Merupakan kawan satu batch dengan penulis semasa belajar di Nurul Iman
- Dulu nama header blogger beliau adalah Sharing Is Caring sekarang dah tukar Lukisan Hati Cikgu Fad
- Sekarang blog dia dah cantik, siap bunga-bunga lagi. Header baru pun cantik berbanding dengan dulu background dan header serba hijau dan simple jer...
- Dulu follower dia lebih kurang 60 orang kalau tak silap, sekarang dah maju...dekat 200 lebih dah.
- Blogger yang sangat best sebab selalu menghargai blogger lain, siap buat promosi lagi... Tak caya, cuba tengok entri beliau yang lepas-lepas.
Menghitung hari..
![]() |
| http://admin.xenosystm.com/2007/09/16/selamat-menyambut-bulan-ramadhan/ |
Yang musykil, walaupun syaitan telah dirantai, masih lagi ada yang melakukan perkara yang dilarang di dalam bulan yang mulia ini. Masih lagi melakukan perkara yang mencemari kesucian bulan ramadhan. Kenapa yer? Janganlah kita lupa dalam diri kita masih ada lagi musuh yang jahat iaitu NAFSU !!!
Cerita tentang nafsu ni ada satu riwayat menceritakan ketika nafsu hendak dimasukkan ke dalam tubuh Nabi Adam a.s, dia menolak. Ish...busuklah tanah ni, buat apa aku nak masuk dalam tu. Lalu Allah s.w.t menghukumnya dengan diletakkan di dalam api neraka yang paling panas sekali selama beberapa tahun. Setelah itu, dia dikeluarkan kembali dan ditanya oleh ALLAH, "Siapa Aku dan siapa engkau?". Nafsu menjawab, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku". Ketika hendak dimasukkan lagi kedalam badan Nabi Adam, dia tetap berdegil dan menolak.
Lalu dia dihukum sekali lagi kerana kedegilannya dan dimasukkan kedalam lautan yang paling sejuk sekali airnya. Setelah beberapa tahun dia dikeluarkan kembali dan ditanya lagi, "Siapa Aku dan siapa engkau?". Nafsu menjawab, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku". Ketika hendak dimasukkan lagi ke dalam badan Nabi Adam dia tetap menolaknya dengan sombong.
Akhirnya dia dihukum lagi dan diletakkan di tengah padang pasir yang panas dan tidak diberi makanan. Setelah dibiarkan di sana beberapa lama, akhirnya dia ditanya lagi soalan yang sama, "Siapa Aku dan siapa engkau?". Nafsu menjawab, "Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambamu". Akhirnya nafsu akur dengan perintah Allah dan masukklah dia ke dalam badan Nabi Adam a.s.
p/s:
Peringatan buat kita semua dan penulis, hati-hatilah dengan musuh yang ada di dalam badan kita sendiri. Kalau syaitan di bulan Ramadhan kena rantai tetapi nafsu kita tidak, sama-samalah kita berjuang !! Dia tidak pernah tidur dan sentiasa bersama kita sampai bila-bila.
Rabu, 20 Julai 2011
SAYA MINTA MAAF ABG BEN...
Hari tu penulis ada mengatakan kepada semua untuk mengadakan satu Entri Khas Buat Semua Follower penulis dan alhamdulillah setakat ini follower penulis telah mencapai 116 orang. Satu angka yang boleh penulis banggakan kerana dulu penulis hanya ada 16 follower sahaja.
Sedang belek-belek gambar follower yang ada untuk dicopy URL mereka, terpandangla satu wajah yang sangat Familiar...FUHHHHH !!!! Kenapala aku baru perasan !!! kata dalam hati ni, menepuk dahi berkali-kali dan nak melompat-lompat keriangan seperti anak kecil yang baru dibelikan ais krim oleh ayahnya... nak tau? BEN ASHAARI lah !!!
Betullah apa yang sering diceritakan oleh teman-teman bloggers yang lain tentang perasaan mereka. Ada yang cakap nak buat kenduri doa selamat, nak bagi hadiah, nak bagi penghargaan dan bermacam lagi yang kita boleh baca dari mereka....
Memang patut Abg Ben diberi penghormatan dan penghargaan kepada, beliau sering memberi sokongan dan dorongan buat kita semua (blogger yang baru-baru ni). Bukan senang woo...nak buat beliau jadi follower kita, memang susah tapi ada jalannya seperti yang selalu dikatakan oleh Abg Ben dalam entrinya. Tak caya, cuba baca balik...
Terima kasih banyak Abg Ben, jasa mu tetap ku kenang sampai bila-bila... Ok jom kita tengok apa yang penulis sediakan...
Follower yang ke-19 tu...memang tak perasan sebab sebelum ni penulis tengok takde, tiba-tiba...Fuhhh !! JADI KEPADA SEMUA, JANGAN RISAU KALAU TAK NAMPAK ABG BEN DALAM LIST FOLLOWER KITA, MUNGKIN DIA JADI SILENT READER KITA DAN SAMPAI SATU MASA, BELIAU AKAN MUNCULKAN DIRI BUAT KITA.
TERIMA KASIH ABG BEN, kerana sudi follow blog yang picisan ni diantara berjuta blog yang ada... Terima kasih, Thank You Very Much, Alfu Syukran Jazilan Ya Akhi Ben Ashaari dan mohon kemaafan diatas kealpaan penulis yang serba kekurangan ini...Afwan

| Klik untuk besarkan yer |

Selasa, 19 Julai 2011
EN ASHAARI ,AKU PILIH 3 BLOG INI KERANA ...
Tiga blog yang menjadi pilihan penulis adalah Niena Pengembara Ilahi, Zone Skytech dan Belog MTT. Ketiga-tiga blog adalah blog yang hebat dan terbaik bagi pandangan penulis. Yang lain pon ok juga...
Pertama Niena, beliau adalag blogger yang sangat rajin dan cepat jer respon dia bila kita komen dekat blog dia. Tak percaya? cubala try komen, mesti dia akan datang ke blog kita dan komen balik. Kalau nak cuba, klik di SINI untuk mencoba... Jangan bimbang beliau best...
Kedua Ezad Skytech, walaupun beliau bari lagi dalam dunia blog ni tetapi cara persembahan dalam blog dia hebat. nama pun Skytech, mestila hebat dan beliau baru sahaja menjadi Follower penulis yang ke-97. Ini URL dia untuk diterjah.... Terima kasih Ezad...
Ketiga dan yang terakhir adalah Belog MTT. Bila masuk blog ni mesti suka sebab nampak ladybug yang comel tu, ikut jer kemana mouse kita pergi. Dulu header dia lain dan ada blogger yang menjadikan header dia sebagai background di dalam headernya dan telah terpilih menjadi Header Pilihan Ben Ashaari. Lupa pula apa nama blog dia...he3. Sekarang ni tengah tunggu Belog MTT sudi jenguk-jenguk penulis yang tak seberapa ni, harap-harapla dia sudi komen...Beliau memang rajin menyenaraikan List-List Blogger yang menyertai Segmen Ben Ashaari, kadang sampai beratus-ratus...Juling mata nak tengok mana satu link kita...
Okla, itu 3 pilihan penulis sebagaimana yang ditetapkan, yang lain ada lagi, insyaallah penulis akan sambung pada entri yang lain sebagai penghargaan kepada mereka semua terutama Follower-Follower penulis...

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG...
Wah.... Jom join segmen yang dianjurkan oleh Otai kita Abg Ben Ashaari. Nak join? klik di SINI untuk keterangan lanjut... Ok jom kita mulakan.
Blog penulis ini mula dibangunkan pada Disember 2008, kira-kira dah masuk 2 tahun lebih. Lama juga tu, he3 lamakan, tapi baru aktif tahun ni setelah berjumpa dengan En. Ben Ashaari. Tujuan sebenar blog ini dibuka untuk berkongsi cerita, pegalaman dan sebagainya bersama-sama rakan-rakan penulis yang belajar di Nurul Iman dan Alhamdulillah hubungan kami semua masih lagi berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam blog penulis ini juga ada tersenarai blog mereka pada Kolum Warga TPINI.
Orang yang bertanggunjawab mengenalkan penulis kepada dunia BLOGGER ni adalah saudara AMIN. Beliaulah yang banyak mengajar penulis macam mana nak buat blogger pada mula-mula dahaulu. Terima kasih Amin. Beliau adalah Junior kepada penulis semasa di Nurul Iman.
Erm...tentang untuk menjadi blog yang dipilih itu atas pilihan pembaca sendiri. Mereka yang berhak menentukannya kerana mereka ada citarasa yang tersendiri. Kalau menjadi pilihan, itu adalah yang terbaik, teringat peribahasa ni. "Bagai bulan jatuh ke riba"... Terima kasih, thank you, syukran jazilan pada semua yang telah menjadi Follower penulis.

Hizami, Nak Header Satu!
Segmen lagi... Jom sama-sama kita join segmen yang dianjurkan oleh Hizami. Nak join sama, sila kili di SINI yer...Segmen dia pun senang jer takla susah sangat.
Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab blog saya belum ada header yang sesuai lagi dan masih menggunakan templet blog yang asal. Tolong-menolong amalan mulia...Hahaha bergurau sahaja, jangan ambil hati yer.
Ok, penulis nak tag Blog Sekolah penulis sebab sayang sangat dengan sekolah ni... Memori Terindah Di Nurul Iman.

Isnin, 18 Julai 2011
SEGMEN: KAMI SAYANG TEMAN BLOGGER
Minggu Segmen...
![]() |
| Gambar dari Mr. Google |
Alhamdulillah, kawan-kawan follower penulis pun makin ramai dan dah mencapai 87 orang daripada 16 orang sebelum ni. Terima kasih, thank you, syukran jazilan. Insyaallah nanti nak buat juga Entri Untuk Follower sebagai perhargaan buat mereka semua. Penulis tak menyangka pun boleh sampai angka follower sebegitu.
Kepada semua yang dah jadi follower penulis, blog anda semua ada di dalam My Blog List penulis. Nak tengok? cuba intai-intai dekat Kolum Top 25 Updates Blog. Kalau tak nampak juga, boleh klik dekat Ikon Show All, insyaallah ada dekat situ. Jangan bimbang...
Okla, selamat bersegmen pada semua kengkawan blogger yang nak join segmen yang ada dalam entri blog penulis ni....Alfu Syukran !!!
Segmen : Aku Blogger Negeri..
Jom join satu lagi segmen yang dianjurkan oleh En, Syazwan Che Deraman. Nak join sama, klik di SINI dan tarikh tutup akan diberitahu kemudian oleh empunya blog.
Ambe Blogger Negeri Terengganu.
- Dungun
- Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong
- Kuih Akok Kedut dan Kedai Makan Power
- TPI Nurul Iman
Pencarian URL Paling Unik :)
Salam hormat buat semua kawan-kawan blogger. Jom join satu lagi segmen yang dianjurkan oleh blogger yang menggelarkan diri beliau Che Mad. Nak join, sila di SINI yer dan tarik tutupnya pada 24 Julai 2011.
Erm...cerita tentang URL penulis ni takla panjang sangat. Kalau nama blog ni pun hampir-hampir sama dan URL blog cuma dibahasa inggeriskan ejaannya. "Santri TPINI = Sun3tpini". Samakan?
Cuma cerita dapat nama ni dari asal perkataan SANTRI yang bermaksud pelajar dan diambil dari bahasa Indonesia kerana penulis pernah belajar di Pondok Pesantren. Bukan di Indonesia tapi di negara kita tercinta ini bertempat di Meru Klang Selangor.
Tapi kalau tengok Header blog ni nama Alumni Nurul Iman, kenapa lain pulak?...hehehe ini adalah dari cadangan seorang kawan penulis untuk menukarnya supaya lebih o.k katanya. Jadi penulis pun menukarnya dari Santri TPINI kepada Alumni Nurul Iman...
Lagi pula tujuan sebenar blog ni dibangunkan untuk penulis berkongsi dengan semua kawan-kawan yang pernah bersama penulis belajar di sana (Nurul Iman). Berkongsi cerita, pengalaman dan sebagainya...begitulah ceritanya.
Ok penulis nak tag 2 orang kawan penulis untuk segmen ni, Semoga mereka dapt join juga. Pertama CF dan kedua Yus. Kedua-dua mereka ni adalah pendidik bangsa. Terima kasih cikgu....

Sabtu, 16 Julai 2011
Jom join bloglist pilihan hati
Satu lagi segmen yg perlu kita join sebagai supporter kawan-kawan blogger. Segmen yang dianjurkan oleh En. Al-Hakim yang berjaya memenangi sebagai "pengomen yang kental dan terakhir" di dalam Segmen Ben Ashaari. Nak join klik di SINI dan tarikh tutup pada 18/07/2011 yer.
Jom kita sama-sama memeriahkannya.... Jom jom jom jom, kita heboh heboh.... Tahniah bro...Bukan senang nak menang dan bukan susah nak kalah.

Segmen : Jom Terjah Blog Newbie
Jom join Segmen yang dianjurkan oleh IMBobo... Nak join, klik di SINI yer. Segmen ditutup pada 17 Julai 2011(Ahad) Pukul 12.00 malam.
"JOM KITA TAMBAH KENALAN LEBIH RAMAI. LAGI BANYAK LAGI BEST !!"
Kawan yang penulis nak tag adalah : Cikgu Fadhilah @ CF. Ok jangan lupa join yer...Selamat bersegmen kengkawan.
Kartun kenangan kita
Bagi sesiapa yang lahir akhir tahun 70an dan awal 80an, mesti tak lupa dengan cerita kartun ni...
Dialog ni mesti kita tak boleh lupa. "Jangan monyet, jangan!..."
Sumber: http://www.youtube.com/user/thehugnkiss

BEN ASHAARI dan SEKOLAH
Jom sama-sama join lagi segmen yang dianjurkan oleh Abg Ben. Segmen tentang sekolah kita. Nak join, klik di SINI yer...
Bagi penulis, kenangan di sekolah amatlah terindah dan tersimpan di dalam lipatan memori ini sampai bila-bila. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik dan baca di SINI jika tidak keberatan... Terima kasih, selamat membaca...

Rabu, 13 Julai 2011
BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA
Jom join segmen En. Ben Ashaari lagi. Nak join, klik di SINI.
Segmen apa agaknya yer?... Baca tadi tentang gila bola. Takpe, sama-samala kita tunggu...

Isnin, 11 Julai 2011
Bertuahnya kita...
![]() |
| Gambar google |
Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan,"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?".
" Demikianlah rahmat Allah pada kita, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas, hanya kita saja yang lalai dan leka dengan keseronokan nikmat dunia".
Jom baca entri ni : http://sun3tpini.blogspot.com/2011/07/nak-tau-cara-mengira-berapa-hari-kita.html
Amalan Di Bulan Syaaban
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharapkan para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
ps:
Bulan syaaban adalah bulan Nabi Muhammad, maka banyakkanlah berselawat kepada Baginda. "Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad".

Ally iskandar berlakon filem...
Malam ni penulis trtengok cerita dekat tv2. filem mimpi moon, sedang dok layan citer tu trpandanglah satu wajah yg sgt familiar.... ally iskandar masa mudala....
tapi dalam citer ni dia tak pakai spek lg. kurus btul.... stail rambut pun lain. he3 rupanya ally dh berlakon rupanya. afdlin shauki pun masih kecik lg dlm citer ni. mmg lainla dari skrg tp yg steady sampai skrg ialah suami vanidah imran (rashidi). maintain jer... tak berubah pun.
dalam citer mimpi moon ni ally ada menyanyi lg. lagu anuar zain bila resah. siap main gitar lagi tu. okla itu shj yg nk dikongsikan dgn kwn2 semua. maafla lama tak post entri baru...
![]() |
| Gambar diambil dari : http://s674.photobucket.com/albums/vv107/aryzss2/DVD%20Cover/?action=view¤t=MimpiMoonScreen.jpg |
tapi dalam citer ni dia tak pakai spek lg. kurus btul.... stail rambut pun lain. he3 rupanya ally dh berlakon rupanya. afdlin shauki pun masih kecik lg dlm citer ni. mmg lainla dari skrg tp yg steady sampai skrg ialah suami vanidah imran (rashidi). maintain jer... tak berubah pun.
dalam citer mimpi moon ni ally ada menyanyi lg. lagu anuar zain bila resah. siap main gitar lagi tu. okla itu shj yg nk dikongsikan dgn kwn2 semua. maafla lama tak post entri baru...
Rabu, 6 Julai 2011
Blueprint mainan tin milo
Selasa, 5 Julai 2011
Mainan tin milo
Nak cerita tentang permainan masa kecik-kecik dulu yang selalu penulis bermain dengan kawan-kawab sekampung. Dapat idea nk tulis tentang ni setelah baca satu entri dari blog Kekodok Bulat. Dalam entrinya ada menceritakan tentang permainan masa kecik-kecik dulu dengan gambarnya sekali. Memang nostalgia...
Pernah main dengan tin milo? Kalau dapat lagi besar tinnya lagi bagus. masa tu sapa tin dia paling besar, kira otaila...
Nak tau cari mainnya? senang jer... cuma masukkan pasir dalm tin sampai penuh, sebelum tu kena tebuk lubang kecik atas dan bawah tin pastu masukkan dawai dekat tengahnya. Kena pakai dawai kasar sikit sebab takut putus. Dah siap pasang dawai dengan masukkan pasir penuh-penuh, tutup tinnya dan dawai tadi kita ikat dengan tali. Tak kisahla tali apa, untuk kita tarik. Dah siap...bolehla stat nak main. Kita lumba tarik tin milo sapa yang paling laju.... hahaha masa tu penulis jarang menang sebab tak lari laju.
Tapi awas! bila tarik kena hari-hati takut terlajak kena kaki sendiri dan kalau tin kemek kena batu, kena buat yang baru...baru boleh lumba balik. memang nostalgia...

| Gambar dapat dari google |

Isnin, 4 Julai 2011
Nak tau cara mengira berapa hari kita dah hidup di dunia ni?
Hari tu sedang penulis blogwalking blog-blog kawan ni, lalu terbaca entri beliau yang memang menarik. Timbul rasa dalam hati ini, apalah bekalan yang nak dibawa ke sana nanti. Cukup tak bekalannya apabila di sana memandangkan usia hidup di dunia bukanlah panjang sangat berbanding dengan umat zaman dahulu. Kalau Nabi Nuh riwayat mengatakan baginda hidup selama 1000 tahun !!!. Lama tu...
Berbalik pada tajuk untuk entri kali ini. caranya senang jer. Terima kasih pada sahabat penulis yang sudi berkongsi ilmu ini. Kalau penulis dah kira sendiri. Nak tau? dah 8260 hari penulis hidup di dunia ni dan kita boleh tau juga hari apa kita dilahirkan. Penulis dilahirkan pada hari khamis.
Ada yang berminat? kalau ada, penulis sedia berkongsi dengan sesiapa yang nak software ni. Tinggalkan emel anda di dalam komen entri ni. Bukan Contest atau Segmen ni, cuma nak share jer... Insyaalah penulis akan follow up semula.

| Contoh cara pengiraan |
Ada yang berminat? kalau ada, penulis sedia berkongsi dengan sesiapa yang nak software ni. Tinggalkan emel anda di dalam komen entri ni. Bukan Contest atau Segmen ni, cuma nak share jer... Insyaalah penulis akan follow up semula.
Ahad, 3 Julai 2011
buat sawit bakar, sedap...
Asalnya tujuan penulis wujudkan blog ni hanya nak mengimbau segala kenangan pahit manis ketika belajar di Nurul Iman. Jadi nak berkongsi segala cerita ketika penulis berada di sana sekitar tahun 1995 hinggalah 2001. Kami semua duduk asrama, maklumlah kalau ada banyak kekurangan tu. Salah satunya bila perut lapat, nak tunggu time makan, ada masanya. Jadi nak mengalas perut ni sambil tunggu waktu makan, penulis dengan kawan-kawan carilah snek yang sedap...
Kawasan tempat kami semua belajar dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Sapa yang punya tak tau, dalam hati ni timbul idea. Kalau minyak sawit boleh makan, takkan buah dia tak boleh makan? he3 nk buat eksperimenla ni time perut lapar. Penulis and the gang ambik dua tiga biji buah kelapa sawit dan bakar. Ada yang cadangkan supaya rebus jer... Takpe kita bakar dulu, try rasa yg bakar sedap ke tak.
Bila dah siap bakar, rasanya boleh tahan jugak sedap. Macam ada rasa jagung bakar tapi lemak-lemak sikit. Nak tau rasanya sendiri, cuba bakar dan rasa sendiri. Masa tu kami budak-budak lagi, main lantak je makan apa, yg penting perut kenyang... he3. Erm kalau yang buah sawit rebus rasanya macam makan telur kuning rebus tapi lemak-lemak jugakla. Kami lebih suka yg bakar, sedappp.
Rasanya semua tu tinggal kenangan jer, bila dh tua-tua ni baru teringat semua tu dan alhamdulillah kebanyakan dari kami (Budak Nurul Iman) still kontek-kontek lagi dan keep in touch sampai sekarang...
Kawasan tempat kami semua belajar dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Sapa yang punya tak tau, dalam hati ni timbul idea. Kalau minyak sawit boleh makan, takkan buah dia tak boleh makan? he3 nk buat eksperimenla ni time perut lapar. Penulis and the gang ambik dua tiga biji buah kelapa sawit dan bakar. Ada yang cadangkan supaya rebus jer... Takpe kita bakar dulu, try rasa yg bakar sedap ke tak.
![]() |
| Pic ambil dari http://pengelitimur.blogspot.com/2009/07/buah-kelapa-sawit-vs-fish-oil.html |
Rasanya semua tu tinggal kenangan jer, bila dh tua-tua ni baru teringat semua tu dan alhamdulillah kebanyakan dari kami (Budak Nurul Iman) still kontek-kontek lagi dan keep in touch sampai sekarang...
Sabtu, 2 Julai 2011
GEGAR BLOG JULAI 2011
Salam buat semua. Jom join lagi segmen yg dianjurkan oleg Abg Ben Ashaari. Nak join? Klik di SINI dan tutup pada hari Isnin, 4hb Julai 2011 pada jam 2 petang.
Agak-agak apalah soalan untuk segmen gegar blog julai 2011 ni yer? Bagi blog penulis yang picisan ni tak ramai agaknya nak datang singgah sebab tak berapa HAPENING dan GREN mcm blogger-blogger lain. Agaknya macam manala diaorang buat yer? Rekaletak cantik, Header cantik dan ada identiti tersendiri. Memang kena banyak belajar lagi ni, kalau orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh jugak kot. Cuma kita jer yg nak ke tak nak. Penulis masih lagi tercari-cari identiti sendiri. Tengok blog orang yang hebat-hebat ni, kita jadi semangat pulak...Blog diaorang pulak simple jer, memang kena belajar lagi ni... Terima kasih buat Abg Ben sebab sudi jenguk dan baca entri penulis ni. Alfu Syukran...

Langgan:
Ulasan (Atom)